awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QSR Brands serah zakat perniagaan RM232,794 kepada Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2019
01:31 MYT
QSR Brands serah zakat perniagaan RM232,794 kepada Sarawak
QSR Brands (M) Holdings Bhd menyerahkan Zakat perniagaan berjumlah RM232,794 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Kerajaan Sarawak. - Foto QSR Brands
QSR Brands (M) Holdings Bhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM232,794 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Sarawak.
Penyerahan zakat perniagaan itu disampaikan Penasihat Jabatan Shariah dan Pematuhan Halal QSR Brands, Mohd Roslan Mohd Saludin kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam satu majlis ringkas di Astana Sarawak.
Turut hadir Pengurus Kanan dan Pemangku Ketua Jabatan Shariah dan Pematuhan Halal QSR Brands, Hayazi Darus serta Penolong Pengurus Besar KFC Sarawak, Dayang Hasiah Binti Abang Joni.
Mohd Roslan berkata, penyerahan zakat sejak lima tahun itu merupakan satu tanggungjawab QSR Brands kepada negeri Sarawak.
"Malah, agihan ini juga merupakan tanda terima kasih daripada pihak QSR Brands kepada rakyat Sarawak yang selama ini menyokong syarikat kami seperti KFC, Pizza Hut, dan Ayamas," katanya kepada Astro AWANI.
Mohd Roslan turut menambah, jumlah zakat perniagaan yang diagihkan itu diperoleh dari dua syarikat iaitu QSR Stores Sdn Bhd (RM218,879) dan Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd (RM13,915).
Setakat ini, QSR Brands memiliki 57 outlet KFC di Sarawak, Pizza Hut (20 outlet) dan Pizza Hut Delivery (lapan outlet).
QSR Brands (M) Holdings Bhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM232,794 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Sarawak.
QSR Brands (M) Holdings Bhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM232,794 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Sarawak.
Topic Berkaitan
#Abdul Taib Mahmud
#Astana Sarawak
#Ayamas
#KFC
#Mohd Roslan Mohd Saludin
#Pizza Hut
#QSR Brands M Holdings Bhd
#Sarawak
#zakat perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan