awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#QuranHour For Gaza bukti kebersamaan umat Islam - Shaykh Rami

Sinar Harian
Sinar Harian
22/10/2023
04:58 MYT
#QuranHour For Gaza bukti kebersamaan umat Islam - Shaykh Rami
Shaykh Rami mengalunkan bacaan surah al-Insan yang diangkat menjadi surah pilihan dalam #QuranHour For Gaza di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf, di Shah Alam, hari ini. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Penganjuran #QuranHour For Gaza bukti kebersamaan seluruh umat Islam di dunia yang peduli terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin.
Qari Imam Palestin, Shaykh Rami As-Sousi berkata, beliau tidak hairan akan sikap peduli orang ramai terhadap nasib Palestin kerana sudah menjadi satu kemestian untuk umat Islam bersama-sama melindungi Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama.
“Dalam majlis ini, saya dapat merasakan bahawa Islam menyatukan kita semua. Walaupun kita berbeza warganegara tetapi semangat perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada genggaman Israel terserlah melalui pelbagai inisiatif.
“Sebagai seorang warganegara Palestin, jujur saya terharu dengan pendekatan yang dilakukan itu kerana jelas menunjukkan bahawa ramai yang prihatin terhadap nasib yang menimpa Gaza,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Program #QuranHour For Gaza di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf, hari ini.
Menerusi Program #QuranHour For Gaza, ia mengangkat surah al-Insan yang membawa perbezaan dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
[LAPOR LANGSUNG] Israel bedil masjid di Tebing Barat pula
Pada Sabtu, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, ia berlainan kerana tidak dilakukan dalam bentuk demonstrasi, namun dilaksanakan dengan program refleksi bagi menghayati perjuangan sebenar untuk membantu saudara di Palestin.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan hari ini bahawa Israel meneruskan serangan membabi buta apabila menyasarkan sebuah masjid di Tebing Barat dan turut meragut sekurang-kurangnya satu nyawa manakala tiga lagi cedera.
Mengulas lanjut, Shaykh Rami berkata, peperangan dilancarkan rejim Zionis kali ini merupakan satu kekejaman luar biasa, tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia.
Menurutnya, tindakan Israel tidak boleh dimaafkan apabila mengarahkan semua penduduk utara Gaza untuk berpindah keluar meninggalkan kediaman lalu mengebom mereka.
“Peperangan di Gaza kini adalah yang terburuk dalam sejarah apabila mereka (rejim Zionis) mula menyasarkan penempatan orang ramai dan hospital.
“Rejim Zionis ini langsung tidak mempedulikan nyawa orang awam tidak kira bayi atau wanita, yang mereka tahu hanya melepaskan bom dan tembakan secara rambang,” ujarnya.
Dalam pada itu, Shaykh Rami turut berkongsi kisah keluarganya terpaksa berpindah keluar daripada kediaman yang terletak di tengah Gaza dan menuju ke selatan.
Tambahnya, beliau khuatir dengan keadaan menimpa keluarganya yang terpaksa melalui keperitan hidup apabila segala keperluan asas disekat.
“Sukar untuk saya kongsikan perkembangan keluarga yang berada di Gaza kini kerana segala keperluan utama seperti air, elektrik, internet, bekalan makanan serta perubatan disekat oleh rejim Zionis.
“Bagaimanapun, alhamdulillah saya telah mendapat perkhabaran bahawa kesemua ahli keluarga saya selamat berpindah ke Rafah,” ujarnya.
Pada masa sama, beliau berharap agar orang ramai terus berdoa dan menyalurkan bantuan kepada Palestin kerana mereka memerlukan pertolongan khususnya dalam perubatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#QuranHour For Gaza
#Shaykh Rami As-Sousi
#Masjid Al-Aqsa
#Perang Palestin-Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan