awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QZ8501: 13 kapal dari tiga negara sertai misi SAR

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2014
05:35 MYT
QZ8501: 13 kapal dari tiga negara sertai misi SAR
KD Lekiu dari Malaysia turut terlibat memberi bantuan dalam misi SAR menjejaki pesawat AirAsia QZ8501. - Gambar fail
Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) hari ini mengerahkan sebanyak lapan buah Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) dalam proses pencarian pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang.
Kesemua lapan kapal tersebut dilaporkan akan menjalankan usaha pencarian ‘tanpa mengira waktu’, lapor Kompas.com.
"Tiga buah kapal sudah dalam pelayaran ke lokasi pencarian. Lima buah lagi akan menyusul petang ini,” ujar Ketua Pejabat Penerangan TNI, Laksamana Pertama Manahan Simorangkir di Tanjung Priok, Jakarta Utara hari ini.
Lapan unit kapal perang itu ialah KRI Sutedi Senaputra, KRI Pattimura, KRI Yos Sudarso, KRI Tong, KRI Todak, KRI Pulau Rengat dan KRI Hasanudin sementara KRI Banda Aceh pula merupakan kapal jenis Landing Platform Doc (LPD) atau kapal markas.
Turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) ialah dua buah pesawat CN235, sebuah pesawat Cassa 212 dan dua buah Helly Bell.
Menurut Manahan, lapan unit KRI itu telah diarahkan untuk menyusuri perairan sekitar Belitung dan Kepulauan Riau.
Negara-negara jiran juga menawarkan bantuan dalam misi SAR menjejaki pesawat malang itu.
"Malaysia telah memberikan bantuan dengan menghantar tiga buah kapal korvet iaitu KD Lekiu, KD Lekir dan KD Pahang, manakala Singapura pula akan mengirimkan sebuah frigate dan korvet serta LPD," kata Ketua Perhubungan Awam Kemenhub J.A. Barata.
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Australia mengatakan, sebuah pesawat AP-3C Orion milik Royal Australian Air Force (RAAF) sudah berlepas dari Darwin pagi Isnin untuk bergabung dengan operasi pencarian itu.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Indonesia
#kapal perang
#Malaysia
#qv8501
#SAR
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan