Penduduk di pesisir pantai Dusun Tatakko, Desa Tubo Tengah, Sulawesi Barat menemui mayat tidak sempurna dipercayai milik penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, lapor detiknews.
Ketua Perhubungan Awam Polis Sulawesi Selatan, Endi Sutendi berkata mayat tanpa kepala dan bahagian badan lain itu ditemui penduduk tempatan.
“Mayat yang terdampar di pesisir pantai itu berada dalam keadaan tidak sempurna, ditemui pada jam 1.30 tengah hari waktu Indonesia Tengah,” katanya kepada detiknews.
Tambah Endi, mayat yang ditemui itu telah dibawa ke Hospital Majene sebelum dihantar ke Hospital Bhayangkara Makassar.
Ini merupakan jenazah ketujuh yang ditemui di perairan Selat Makassar.
Sebelum ini, enam jenazah telah dijumpai di Majene, Sulbar dan satu jenazah ditemui di pesisir pantai Suppa, Kab Pinrang, Sulawesi Selatan.
Astro Awani
Sun Feb 01 2015
Mayat dan bahagian badan yang ditemui itu telah dibawa ke Hospital Majene sebelum dihantar ke Hospital Bhayangkara Makassar. - Gambar Fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
AirAsia Berhad bakal buang ratusan pekerja lagi
AirAsia bagaimanapun akan menyediakan bantuan asas seperti manfaat penjagaan kesihatan dan kupon penerbangan sehingga Disember 2020 kepada pekerja terjejas.
Anak kapal penerbangan terima tempias, hilang 70 peratus pendapatan bulanan dek COVID-19
70 peratus pendapatan anak kapal ini bergantung kepada elaun penerbangan.
Malaysia kekurangan pusat jagaan kanak-kanak - TPM
Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 38,333 pusat penjagaan kanak-kanak yang berdaftar bagi menampung bilangan anak-anak berusia bawah empat tahun yang memerlukan penjagaan.
Mobile Legends: AirAsia Saiyan mahu bertemu MyA sekali lagi untuk tebus kesilapan
Pemain AirAsia Saiyan Ahmad Fuad Razali yang senang dikenali sebagai Fredo berkata kesilapan itu berlaku berikutan masalah teknikal komunikasi ketika kedua-dua pasukan berperang di kawasan Lord.
Gunung Agung: Rakyat Malaysia terkandas di Lombok cemas!
Rakyat Malaysia yang melancong ke Lombok mendakwa tidak dimaklumkan dengan jelas penutupan lapangan terbang Lombok.
AirAsia nasihat penumpang tiba awal di lapangan terbang sepanjang tempoh Tahun Baru Cina
AirAsia dan AirAsia X meminta semua penumpang yang menggunakan perkhidmatannya sepanjang tempoh perayaan Tahun Baru Cina supaya tiba awal di lapangan terbang bagi mengelak kesesakan
Briyani ayam masala mentega, muruku hidangan dalam penerbangan AirAsia sempena Deepavali
Briyani Ayam Masala Mentega akan menjadi satu daripada hidangan baharu dalam menu penerbangan AirAsia selain Muruku, snek kegemaran rakyat Malaysia yang ditawarkan sempena sambutan Deepavali.
MAHB patut bertanggungjawab insiden KLIA2 menakung air - Tony Fernandes
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes hari ini meluahkan rasa kekecewaannya berikutan keadaan KLIA2 yang ditenggelami air.
'Tiada kata yang boleh gambarkan kesedihan ini', ucap takziah Tony
Tony Fernandes telah menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga mangsa pesawat AirAsia QZ8501, ekoran laporan berita bahawa serpihan pesawat dan mayat telah dijumpai di lokasi pencarian.
Tiba awal di lapangan terbang semasa Hari Raya, kata AirAsia
Air Asia menasihatkan penumpang supaya berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum penerbangan.