awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bom Perang Dunia Kedua ditemukan dalam kebun di Jasin
DAP bukan nak perang dengan UMNO, tapi sedia gempur - Najmi Samsudin
Arbeloa arah Alexander-Arnold tinggalkan Real Madrid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rabies: Larangan pergerakan anjing di sempadan Sarawak-Kalimantan

Bernama
Bernama
23/08/2019
12:08 MYT
Rabies: Larangan pergerakan anjing di sempadan Sarawak-Kalimantan
Kerajaan negeri Sarawak mengenakan larangan sebarang pergerakan dan kemasukan anjing dari Kalimantan, Indonesia ke sempadan negara menerusi Serian, Sarawak bagi mengekang jangkitan penyakit anjing gila atau rabies. - Gambar hiasan/Unsplash
Kerajaan negeri Sarawak mengenakan larangan sebarang pergerakan dan kemasukan anjing dari Kalimantan, Indonesia ke sempadan negara menerusi Serian, Sarawak bagi mengekang jangkitan penyakit anjing gila atau rabies.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata, larangan tersebut yang berkuat kuasa mulai Jumaat merupakan salah satu langkah dalam usaha membasmi wabak rabies di negeri itu.
Justeru, katanya, agensi kawalan sempadan negara boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak atau Bilik Gerakan Operasi Negeri di talian 082-628248 / 250 atau Whatsapp ke 016-2557267 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Operasi Fasa Keenam Antirabies, di sini, hari ini.
Beliau berkata operasi fasa keenam untuk daerah Sibu, Kanowit, Kapit, Song, Saratok, Sarikei, Meradong dan Julau akan bermula serentak dari 28 Ogos hingga 12 Sept ini.
"Setakat ini, 10,203 anjing (34%) di daerah Sibu telah divaksinkan, 578 (38.53%) Kanowit, 693 (37%) Kapit, 311 (21%) Song, 328 (35.46%) Saratok, 5,900 (80%) Sarikei, 2,478 (83%) Maradong dan 2,040 (68%) di Julau," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anjing
#anjing gila
#Kalimantan
#rabies
#Sarawak
#Sempadan Negara
#Veterinar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan