awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kekurangan anggota, beban kerja antara faktor ketirisan di pintu masuk negara - KP Imigresen
PRK Lamag: 10.57 peratus selesai mengundi setakat 9 pagi - SPR
Masyarakat diharap terus hargai karya, sumbangan P. Ramlee - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP bukan nak perang dengan UMNO, tapi sedia gempur - Najmi Samsudin

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2026
01:40 MYT
DAP bukan nak perang dengan UMNO, tapi sedia gempur - Najmi Samsudin
Muhammad Najmi berkata, DAP cawangan Wangsa Permai Kepong juga bersedia untuk mengerahkan ahli-ahlinya untuk bergerak ke seluruh negara untuk tujuan itu.
KUALA LUMPUR: DAP cawangan Wangsa Permai Kepong yang memiliki ahli Melayu paling ramai bersedia untuk menggempur UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang, kata ketuanya, Muhammad Najmi Samsudin.
Beliau yang juga mantan Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkata, bukan sahaja di Selangor, DAP cawangan Wangsa Permai Kepong juga bersedia untuk mengerahkan ahli-ahlinya untuk bergerak ke seluruh negara untuk tujuan itu.
"Bukan kita hendak perang dengan UMNO, cuma Melayu DAP bersedia untuk menjelaskan kepada rakyat terutama pengundi muda tentang realiti sebenar bahawa DAP bukan musuh UMNO dan DAP pernah berkorban untuk UMNO.
"Buat masa ini, kami hanya menunggu 'lampu hijau' daripada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke untuk berikan arahan dan kami akan memulakan gerak kerja ini di Selangor," katanya dalam kenyataan di Instagram DAP Wangsa Permai Kepong.
Muhammad Najmi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anthony Loke "DAP tak takut dilawan. You boleh lawan kita, kita juga boleh lawan anda" semasa konvensyen DAP Selangor, baru-baru ini.
Anthony dilaporkan berkata demikian sebagai tindak balas kepada tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang meletakkan jawatan exco Melaka, tetapi mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana mahu menentang DAP habis-habisan.
Mengulas lanjut, Muhammad Najmi menambah, pihaknya akan sentiasa istiqamah dalam perjuangan kerana mempertahankan prinsip, bahawa Malaysia negara berbilang bangsa dan semua pihak harus bekerjasama untuk memupuk perpaduan dan keharmonian di negara ini.
"Secara jelas, rancangan Pemuda UMNO untuk menggunakan DAP sebagai 'punching bag' sangat tidak praktikal dan baik kerana DAP pernah berkorban memberikan DUN Dusun Tua kepada UMNO demi atas semangat kerjasama dalam kerajaan MADANI," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#PRU16
#Pemuda UMNO
#DAP
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan