awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
2,682 kenderaan diambil tindakan dalam Ops Perang Lebih Muatan di Terengganu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rabies: Sarawak catat satu kematian terbaharu

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
26/06/2020
10:44 MYT
Rabies: Sarawak catat satu kematian terbaharu
Menurut Uggah, mangsa telah digigit oleh anjing milik saudaranya ketika melakukan kunjungan di rumah tersebut pada 12 Mei 2020 yang lepas. FOTO: Astro AWANI
Seorang lelaki dari Sibu berusia 62 tahun menjadi mangsa korban terbaharu akibat wabak rabies di Sarawak.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sibu pada 23 Jun lepas ketika menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi sidang media harian COVID-19 di Kuching pada Jumaat.
“Mendiang telah digigit anjing milik saudaranya di betis kanan ketika mengunjungi rumah saudaranya itu di Jalan Sentosa Barat, Sibu pada 12 Mei 2020.
“Mendiang telah mencuci luka tersebut menggunakan air dan sabun selama 15 minit dan telah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan,” katanya Uggah.
Tambah Uggah lagi, mangsa bagaimanapun gagal mendapatkan rawatan susulan yang diperlukan dalam merawat luka gigitan tersebut.
Justeru, Uggah menggesa orang ramai yang digigit anjing untuk melakukan proses pencucian kendiri selama 15 minit dan seterusnya mendapatkan rawatan lengkap di fasililti kesihatan yang dikhususkan bagi merawat kes-kes melibatkan gigitan anjing.
“Rawatan rabies memerlukan tiga dos lengkap suntikan anti rabies, jadi sekiranya anda (yang digigit) mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ini, nyawa anda pasti boleh diselamatkan,” tambah Uggah.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#dos
#gigitan anjing
#Jalan Sentosa Barat
#JPBNS
#rabies
#Sarawak
#Sibu
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan