awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi berhak bersuara mengenai gaji progresif, kata Sivakumar

Bernama
Bernama
13/07/2023
23:30 MYT
Rafizi berhak bersuara mengenai gaji progresif, kata Sivakumar
Sivakumar pada sidang media majlis perasmian Program Simposium Keharmonian Perusahaan Negeri Perak tahun 2023 di Ipoh, 13 Julai 2023. --fotoBERNAMA
KEPALA BATAS: Walaupun isu dan dasar berkenaan gaji berada di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia, Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi berhak untuk menyatakan pandangan beliau, berkenaan apa yang baik untuk negara.
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata kerajaan sememangnya sedang meneliti kewajaran untuk melaksanakan model gaji progresif, di mana kementeriannya bakal membentangkan isu itu kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), pada bulan Ogos.
"Memang isu gaji merupakan di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia, pada masa yang sama, Rafizi sebagai Menteri Ekonomi juga berhak menyatakan apa yang baik untuk negara kita.
"Tambahan pula, kami bersama-sama ahli MTEN. Kami berdua akan berbincang apa mekanisme yang terbaik untuk negara kita," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Institut Latihan Perindustrian (ILP), di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Syed Hussain Syed Husman yang berkata Rafizi sepatutnya berkongsi rancangan meningkatkan ekonomi, dan bukannya rancangan kenaikan gaji progresif yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia.
Sivakumar berkata pihak kerajaan sedang mengkaji model gaji yang lain, selain dasar gaji minumum yang dilaksanakan sekarang.
"Selepas pembentangan tersebut, mungkin kita akan buat keputusan yang selanjutnya. Kami sedang melihatnya, tetapi belum membuat keputusan. Gaji progresif satu model yang bagus, namun kita perlu melihatnya secara holistik," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai program semalam, Sivakumar berkata beliau berharap lebih banyak ILP di Malaysia akan mengikuti jejak langkah ILP Kepala Batas, yang melaksanakan program latihan melibatkan perserta TVET Tahfiz, di mana 23 peserta daripada Madrasah Tahfiz Al-Falah mengikuti Kursus Asas Servis Penyaman Udara.
Beliau berkata perkara ini menyokong hasrat kerajaan, untuk mencapai matlamat bagi memastikan lepasan pelajar tahfiz mempunyai hala tuju lebih jelas selepas menamatkan pengajian, selain meningkatkan kebolehpasaran mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gaji progresif
#V Sivakumar
#Rafizi Ramli
#MTEN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan