MALAYSIA
Rafizi desak AGC segera fail semula pertuduhan SRC International terhadap Najib

Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Najib daripada tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International berjumlah RM27 juta.
KUALA LUMPUR: Pendakwa raya perlu segera memfailkan semula pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes SRC International Sdn Bhd, selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri itu.
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Razak daripada tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International berjumlah RM27 juta.
- Rafizi Ramli menggesa pendakwa raya segera memfailkan semula pertuduhan dan menyifatkan kelewatan penyediaan dokumen sejak 2019 sebagai satu kegagalan yang perlu dijelaskan.
- Beliau menekankan bahawa kes SRC mempunyai bukti aliran tunai yang jelas dan akan terus memantau perkembangan kes agar tidak dilupakan oleh pihak berkuasa dan masyarakat.
“Ramai rakyat Malaysia tidak mahu melihat kes ini berlalu begitu sahaja atas kegagalan pendakwa yang mewakili kerajaan untuk menyiapkan dokumen bukti ke mahkamah, berhubung satu skandal iaitu SRC yang telah pun dijatuhkan hukuman bersalah,” katanya.
Malah, Rafizi juga mempersoalkan mengapa kes berkenaan masih tergantung sejak lebih lima tahun lalu walaupun menghormati keputusan Hakim K Muniandy yang membenarkan permohonan DNAA serta hak Najib untuk membuat permohonan tersebut.
Beliau juga menyifatkan penyelewengan melibatkan SRC sebagai kes yang mempunyai bukti aliran tunai paling jelas berdasarkan pengalamannya mendedahkan skandal 1MDB dan SRC sebelum ini.
"Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus memantau perkembangan kes ini agar ia tidak dilupakan oleh pihak berkuasa mahupun masyarakat," ujarnya lagi.
Hari ini,Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Najib daripada tiga tuduhan pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy, membuat keputusan membenarkan permohonan Najib minggu lalu untuk mendapatkan DNAA selepas mendapati tempoh masa yang tidak menentu dan tidak pasti yang menyebabkan bekas perdana menteri itu terpaksa berdepan pertuduhan tanpa sebarang penyelesaian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami