awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN sasar selesai bayaran balik lebihan cukai syarikat Tahun Taksiran 2023 pada suku pertama 2026
Bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah pecah amanah RM1.8 juta
Wisma Putra pantau tanah runtuh di New Zealand, sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi diberi 48 jam mohon maaf, Farhash hantar surat tuntutan

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2025
02:50 MYT
Rafizi diberi 48 jam mohon maaf, Farhash hantar surat tuntutan
Rafizi mengesahkan telah menerima surat tuntutan “cease and desist” daripada peguam yang mewakili bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhash Wafa Salvador.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli diberi tempoh 48 jam untuk memohon maaf secara terbuka, menarik balik dan memadam kenyataan yang dibuat berhubung bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Wira Farhash Wafa Salvador atau berdepan tindakan undang-undang.
Tuntutan itu dibuat melalui surat “cease and desist” yang dihantar firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co bagi pihak Farhash pada 22 Ogos lalu.
Surat tersebut antara lain mendakwa kenyataan Rafizi dalam satu video siaran langsung yang dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau pada 20 Ogos, telah mengaitkan nama Farhash dengan insiden serangan terhadap anaknya serta urus niaga syarikat tertentu.
Tindakan itu, menurut peguam Farhash, menjejaskan reputasi anak guam mereka.
Antara tuntutan yang dinyatakan termasuk arahan supaya Rafizi segera berhenti daripada mengulangi kenyataan berkenaan, memadam video terbabit daripada semua platform, serta mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh ditetapkan.
Firma guaman itu turut menegaskan, kegagalan mematuhi tuntutan akan membuka ruang kepada tindakan undang-undang.
Ahli Parlimen Pandan itu dalam kenyataan media pada Isnin mengesahkan, beliau telah menerima surat berkenaan.
Rafizi menegaskan kenyataannya sebelum ini adalah berasaskan fakta dan beliau bersedia mempertahankannya di mahkamah.
Bekas Timbalan Presiden PKR itu turut menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya, Razlan Hadri Zulkifli dari Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri, sambil menyatakan sekiranya saman difailkan, ia akan menjadi kes berkepentingan awam yang memberi ruang untuk isu-isu berbangkit dijawab secara terbuka.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Farhash Wafa Salvador
#cease and desist
#surat tuntutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan