Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berunding dengan kerajaan Arab Saudi bagi meningkatkan kuota haji negara.
"Saya ingin mengesyorkan kepada Perdana Menteri untuk berunding dengan kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan kuota haji kepada sekurang-kurangnya 50,000 orang setahun.
"Sekiranya ingin memendekkan masa menunggu, Malaysia perlu ada sekurang-kurangnya penambahan dua kali ganda dari 22,000 kepada 50,000 orang setahun. Dengan itu hanya boleh memendekkan masa dari 40 tahun ke 20 tahun, 70 tahun kepada 35 tahun," katanya ketika di lobi parlimen di sini, hari ini.
Rafizi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa Pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama wang simpanan mereka, akan hilang giliran menunaikan haji sehingga 70 tahun.
Pada sesi Dewan Rakyat semalam, Jamil Khir berkata pendeposit yang mengeluarkan simpanan mereka akibat percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH baru-baru ini, akan secara automatik keluar daripada giliran menunaikan haji, jika mereka turut mengeluarkan deposit daftar haji.
Tan Su Lin
Tue Mar 15 2016
Malaysia perlu ada sekurang-kurangnya penambahan dua kali ganda dari 22,000 kepada 50,000 orang setahun. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.