awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi percaya insiden anak diserang ada kaitan pendedahan skandal

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/08/2025
05:26 MYT
Rafizi percaya insiden anak diserang ada kaitan pendedahan skandal
Rafizi turut mendedahkan isterinya menerima mesej ugutan yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan beliau percaya insiden serangan terhadap anak lelakinya berusia 12 tahun, mempunyai kaitan dengan usahanya untuk membongkar skandal tertentu.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa serangan terhadap anak lelakinya dan ugutan terhadap isterinya berkait dengan usaha beliau membongkar skandal tertentu, termasuk mesej ancaman melalui WhatsApp yang menyebut -diam andai teruskan AIDS-.
  • Beliau percaya ancaman itu bertujuan mempengaruhi keputusan beliau secara psikologi dengan menyasarkan ahli keluarga, dan menyatakan hanya mempunyai seorang anak.
  • Rafizi telah menyerahkan maklumat berkaitan kepada pihak polis dan berharap siasatan dijalankan dengan lancar.

Dalam satu sidang media di Parlimen hari ini, beliau turut mendedahkan isterinya menerima mesej ugutan yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.
Beliau berkata, antara mesej yang diterima adalah ugutan membabitkan anak mereka dengan jangkitan AIDS.
"Isteri saya menerima mesej ugutan pada jam 1.12 (awal pagi tafi) di nombor telefonnya. Dari satu nombor telefon, mesejnya begini 'diam andai teruskan AIDS'.
"Mesej yang kedua ialah pagi ini pada pukul 11.02 pagi tadi, dihantar melalui WhatsApp nombor yang sama. Mesej yang sama 'diam andai teruskan AIDS', kemudian emoji picagari tiga kali," katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.
[TERKINI] Rafizi percaya insiden anak diserang ada kaitan dengan pendedahan skandal
Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berpandangan, ancaman seperti itu akan berterusan sebagai usaha menyekat tindakan beliau daripada terus membongkar beberapa perkara termasuk satu skandal.
"Jadi saya rasa mereka yang terbabit ini merasakan mungkin lebih mudah mempengaruhi keputusan saya melalui (ancaman kepada) isteri... dan saya hanya ada seorang anak.
"Bermaksud dengan apa yang berlaku kepada isteri dan anak, saya (mungkin) akan mengubah keputusan. Itu normal, psikologi biasa.
"Saya sudah sampaikan maklumat ini kepada pihak polis dan berharap siasatan itu akan berjalan dengan lancar," ujarnya.
Rafizi dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 1.45 tengah hari Rabu, ketika anak dan isterinya baru memasuki kereta di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Anak beliau dikatakan ditarik secara tiba-tiba dan dicucuk dengan jarum suntikan.
Hasil semakan awal mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal mengekori kereta isterinya sebelum insiden itu berlaku.
Kedua-dua suspek berpakaian serba hitam, bertopi keledar penuh yang menutupi muka, dan dipercayai menunggu peluang yang sesuai untuk menyerang.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#anak Rafizi diserang
#pendedahan skandal
#PDRM
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan