Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli hari ini mengulangi pendiriannya menyeru Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah supaya mengisytihar harta.
Menurutnya, langkah itu dapat menjernihkan keadaan sekali gus mengelak dari mengheret nama baik parti daripada bergelumang dengan kes yang dihadapi Adam.
"Saya dan rakan-rakan pimpinan yang lain akan mengusulkan supaya satu tindakan diambil yang boleh menjarakkan kemelut peribadi beliau dari mengheret PKR dan Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan media.
Pada masa yang sama, beliau berpendapat kepimpinan tertinggi parti mempunyai dua pilihan dalam menguruskan masalah itu selain menjarakkan parti daripada kes tersebut.
"Sama ada melalui keputusan bersama kepimpinan PKR untuk membolehkan Adam 'bercuti' dari jawatan parti sehingga kes beliau selesai, atau melalui kaedah Lembaga Disiplin seperti yang disuarakan oleh Datuk Seri Azmin Ali, Timbalan Presiden," katanya.
Ketua AMK Ampang itu sebelum ini mengaku tidak bersalah ke atas semua enam pertuduhan memberi kenyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ia berhubung kerjaya Adam sebagai pengarah sebuah syarikat, sumber pendapatannya dan pembelian sebuah rumah banglo bernilai RM1.2 juta secara tunai.
Astro Awani
Mon Apr 24 2017
Rafizi berpendapat kepimpinan tertinggi PKR mempunyai dua pilihan dalam menguruskan masalah ini selain menjarakkan parti daripada kes tersebut. -Gambar fail
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
PM ingatkan tidak buat tohmahan, fitnah sesuka hati
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan pihak-pihak ini untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
AWANI Ringkas: Gaji dan elaun penjawat awam lebih RM2,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hukuman penjara enam bulan, denda RM30,000 ke atas Adam Rosly kekal
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menolak rayuan Adam Rosly terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 26 April 2018.