Rafizi ucap terima kasih, akan balas mesej yang diterima

Firdaus Alauddin
Disember 29, 2018 09:24 MYT
Menerusi laman Twitternya, Rafizi Ramli berkata rangkaian ekonomi dan maklumat akar umbi akan dikuatkan- Foto Fail
Rafizi Ramli mengucapkan terima kasih atas kiriman ucapan yang diterima menerusi aplikasi Whatsapp atas pelantikannya sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menerusi status yang dimuat naik di akaun Twitternya, dengan pelantikan itu, beliau akan memberi tumpuan untuk menguatkan rangkaian ekonomi dan maklumat akar umbi.
"Terima kasih atas ucapan yang dihantar kepada saya. InshaAllah saya cuba jawab mesej-mesej tersebut," katanya.
Walaupun tewas dalam pemilihan PKR yang lepas, Rafizi tetap dilantik sebagai Naib Presiden bagi parti tersebut.

Terima kasih atas ucapan2 yg dihantar di whatsapp dll mengenai perlantikan sbg Naib Presiden @KEADILAN Tumpuan saya penggal ini: menguatkan rangkaian ekonomi & maklumat akar umbi. In Sha Allah saya cuba jawab sebanyak mungkin mesej2

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) December 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan itu telah diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan pada hari Jumaat.
Dalam pada itu, PKR turut membuat pelantikan jawatan-jawatan MPP bagi tempoh 2018-2021.
Selain Rafizi, Chang Lih Kang dan Ali Biju juga dilantik sebagai Naib Presiden PKR.
Sementara itu, dalam mesyuarat turut mencadangkan Tian Chua untuk mengetuai Jawatankuasa Keanggotaan dan Dr Lee Boon Chye mengetuai Jawatankuasa Sistem Pemilihan Parti.
BACA : Rafizi Ramli dilantik Naib Presiden PKR
BACA : Lantik Rafizi, isyarat Anwar perlu pemimpin yang boleh bekerjasama - Penganalisis
#Anwar Ibrahim #ekonomi #Naib Presiden #Parti Keadilan Rakyat #pemilihan #PKR #Rafizi Ramli #rakyat