awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi yakin SPR ada kaitan dengan syarikat pembekal dakwat kekal

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
18/07/2013
08:39 MYT
Rafizi yakin SPR ada kaitan dengan syarikat pembekal dakwat kekal
Keyakinan ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bahawa syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin kukuh.
Kepercayaan terhadap perkara yang didedahkan oleh Rafizi semalam itu semakin meningkat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan nama syarikat yang mendapat kontrak pembekalan peralatan lain semasa PRU13.
Shahidan, dalam persidangan Dewan Rakyat semalam, berkata Nash Ventures Sdn Bhd mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR.
“Shahidan, secara tidak langsung telah mengesahkan bahawa maklumat yang saya dedahkan di Parlimen mengenai pembekal dakwat kekal adalah tepat.
“Saya telah menyatakan bahawa tiga syarikat yang dikawal oleh seorang yang bernama Mohamed Salleh Mohamad Ali telah mendapat kontrak perbekalan secara rundingan terus dari SPR, termasuk syarikat utamanya Integrated Challenger (M) Sdn Bhd. Satu lagi syarikat adalah Nash Ventures Sdn Bhd,” kata Rafizi semasa satu sidang media di Parlimen hari ini.
Rafizi berkata berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), salah seorang pengarah syarikat Nash Ventures adalah Shamsia Mansoor, yang juga adalah pengarah syarikat dan pemegang saham Allisons Corp Sdn Bhd yang mendapat kontrak pembekalan dari Kementerian Pertahanan.
Beliau berkata Mohamed Salleh adalah pemegang saham lain dan pengarah syarikat Allisons Corp.
“Oleh kerana alamat rumah kediaman Shamsia dan Mohamed Salleh adalah sama dan berkemungkinan mereka ada pertalian suami isteri.
“Alamat perniagaan yang didaftarkan oleh ketiga-tiga syarikat iaitu Integrated Challenger, Allisons Corp dan Nash Ventures adalah sama,” kata Rafizi.
Rafizi berkata dalam rundingan terus, kriteria penting adalah modal yang kukuh.
“Sebab itu saya persoalkan bagaimana syarikat yang tidak ada perolehan dan mempunyai rekod kewangan yang tidak dikemaskini boleh dipilih untuk diberi kontrak ini?,” katanya sambil menambah kali terakhir rekod kewangan syarikat itu difailkan dengan SSM ialah pada tahun 2009.
Rafizi berkata hakikat bahawa syarikat-syarikat seumpamanya itu diberi peluang untuk mendapatkan tiga kontrak perbekalan secara rundingan terus menguatkan lagi dakwaan bahawa Mohamed Salleh mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan SPR.
"Saya masih percaya Integrated Ventures Sdn Bhd sebagai pembekal dakwat kekal kerana jika saya berkata perkara yang tidak benar sudah pasti ahli parlimen BN merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dan Menteri sudah menafikan nama syarikat itu.
“Speaker menggesa saya untuk mengulangi pertuduhan syarikat berkenaan ada kaitan dengan SPR. Maka oleh sebab itulah sidang media ini diadakan,” katanya.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi ini telah menolak usul Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican untuk merujuk Rafizi ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Topic Berkaitan
#dakwat kekal
#Parlimen
#Rafizi Ramli
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan