awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rahman Dahlan, warga media sosial pertahan pelancongan Sabah

Syafique Shuib
Syafique Shuib
23/11/2014
04:13 MYT
Rahman Dahlan, warga media sosial pertahan pelancongan Sabah
#SabahOKBah: Negeri di Bawah Bayu itu masih selamat untuk pelancong tempatan dan asing. -Gambar fail
Sektor pelancongan merupakan antara sumber pendapatan utama di Sabah dan kenyataan yang mengatakan ia sebagai tidak selamat begitu sensitif.
Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi beberapa tweet yang dimuat naik malam tadi antaranya berkata sektor pelancongan memberi maanfaat kepada penduduk luar bandar dan ia perlu terus dipupuk.
“Sabah adalah besar. Apa yang berlaku di Pantai Timur Sabah tidak semestinya menggambarkan keadaan di kawasan pedalaman dan pantai barat,” katanya di Twitter.
Abdul Rahman merujuk kepada kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa negeri Sabah tidak selamat untuk dilawati susulan beberapa kes penculikan Lahad Datu dan Semporna.
So there's a lesson 2b learnt from the "Sabah is unsafe" episode. Let's learn from it. Avoid the unnecessary statement pls. #SabahTourism
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) November 22, 2014
Tourism is a major income for Sabah hence the sensitivity. Personally I don't think Chief Nazri wanted to harm it. #SabahTourism
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) November 22, 2014
When tourists got killed in KL, Johore or Penang, do we say to foreign tourists pls don't come to Msia because it's not safe? #SabahTourism
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) November 22, 2014
Sabah is big. What happened in East Coast of Sabah does not necessarily reflect the situation in interior and west coast. #SabahTourism
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) November 22, 2014
Bagi membuktikan Sabah masih selamat, warga media sosial dari Sabah turut memuat naik gambar-gambar destinai-destinasi menarik di Negeri di Bawah Bayu itu.
Mereka turut menyertakan hashtag #SabahOKBah. Ia merupakan inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Beyond Pitas untuk penduduk Sabah menunjukkan sokongan mereka kepada sektor tourism tempatan dan juga negeri itu.
Antara yang awal untuk tweet menggunakan hashtag berkenaan adalah Menteri Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun dan diikuti oleh beberapa penduduk dan pelancong tempatan:
White sandy beaches of Kudat, visible from MH2043. Kudat coastal beaches are simply awesome. #VisitSabah #SabahOkBah pic.twitter.com/ygeTfIbhbd
— Masidi Manjun (@MasidiM) November 22, 2014
Flying from KK to Lahad Datu. Tourism Minister said Sabah is not safe. I'm going on the ground to see if #SabahOkBah pic.twitter.com/O2KRWUWwU2
— Philip Golingai (@PhilipGolingai) November 22, 2014
Waterfall at Hutan Paradise, Crocker Range in Sabah. One of 100s of falls to choose from. Only in Sabah #SabahOkBah pic.twitter.com/jwddsLFph2
— Jerry Kamijan (@kamijan) November 22, 2014
Island hopping trip to Manukan, Sapi & Mamutik; all with 1 thing in common; beautiful beaches #SabahOkBah #VisitSabah pic.twitter.com/BtRY5gYUfW
— Sivan John (@SivanJohn) November 23, 2014
Tour guides Vincent, Marcia & Alai enjoying the beautiful blue seas off Sapi Island in peaceful #SabahOkBah pic.twitter.com/eZ79GoaE1h
— e-borneo.com (@eborneo) November 23, 2014
Walking with kids at Gaya Street #SabahOkBah pic.twitter.com/dbTGSlBM8n
— noredah (@EdainSabah) November 23, 2014
Nazri sebelum ini turut memaklumkan Malaysia Airlines telah membatalkan 10 penerbangan berjadual dari Shanghai-Kota Kinabalu, manakala syarikat penerbangan China, Southern Airlines membatalkan 22 penerbangan berjadual dari Shenzen-Kota Kinabalu.
Selain itu, penerbangan tambang murah Spring Airlines juga membatalkan 44 penerbangan dari Shanghai ke Kota Kinabalu.
Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.
Topic Berkaitan
##SabahOKBah
#Abdul Rahman Dahlan
#Nazri Aziz
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan