KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul 26 trofi dalam tempoh 10 tahun di bawah kepimpinan pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim didasari empat elemen.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dr Hasnul Faizal Hushin Amri berkata, pertama ia dipacu oleh kepimpinan dan visi yang jelas, disusuli pembangunan serta pencarian bakat pemain.
"Dua lagi elemen ialah sikap profesional dan kemudahan yang dimiliki oleh JDT serta sokongan komuniti dan peminat skuad Harimau Selatan itu," katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.
JDT melebarkan status dominasi Liga-M selepas mempertahankan Piala Malaysia setelah menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 dalam aksi final di Bukit Jalil pada Jumaat.
Kemenangan itu menyaksikan JDT meletakkan penanda aras baharu apabila menjadi pasukan pertama memenangi empat piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia dalam satu musim buat kali kedua berturut-turut.
Mengulas lanjut Hasnul berkata, pengurusan pasukan di bawah Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) memperlihatkan komitmen perancangan jangka panjang untuk sentiasa mengekal kejayaan JDT.
Beliau berkata, tumpuan juga diberikan kepada perancangan strategik, komunikasi yang jelas dan penerapan 'winning culture' dalam semua aspek pengurusan pasukan.
"Pasti kita tahu TMJ merupakan seorang 'visionary leaders' di mana beliau mempunyai matlamat yang jelas dan setiap perancangan yang ada perlu diterjemahkan bagi memastikan ia tercapai.
"TMJ memastikan kesemua komponen persiapan dan persediaan pasukan dibuat dengan rapi dan mendapat sokongan terbaik," katanya.
Menurut Dr Hasnul, JDT juga mempunyai program pembangunan dan pencarian bakat yang terbaik sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Tambah beliau, komitmen JDT seimbang dalam mengenalpasti bakat tempatan dan pada masa sama juga memilih pemain berpengalaman yang secara strategiknya mereka digabungkan menjadi satu pasukan yang seimbang dan berdaya saing.
"JDT juga mempunyai program pembangunan belia di mana ia dilihat bukan sahaja mampu memperkukuhkan pasukan tetapi juga ianya menyumbang kepada keperluan ekosistem bola sepak di Malaysia.
"Pasukan negeri yang lain juga perlu mula melabur dalam program pembangunan belia bagi memastikan keseimbangan dan pencarian bakat terbaik dapat diwujudkan dalam kitaran persediaan pasukan," katanya.
Malah Dr Hasnul berkata, JDT dilihat sebagai sebuah pasukan yang profesional yang mempunyai kemudahan latihan, program sokongan sains sukan dan program latihan yang komprehensif.
Jelas beliau, kemudahan yang disediakan merupakan manifestasi pengurusan JDT yang ingin memastikan perkembangan yang holistik dapat disediakan dengan berkesan agar setiap pemain bersedia daripada segi fizikal dan spiritual.
"Tidak semua pasukan mempunyai kemudahan dan perkhidmatan sokongan yang disediakan oleh JDT. Pasukan lain disarankan untuk melabur bagi menyediakan kemudahan latihan dan sokongan sains sukan terbaik bagi memastikan kejayaan boleh dicapai.
"Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan imej pasukan kepada satu standard yang lebih baik pada masa depan," katanya.
Dr Hasnul menambah, JDT juga berjaya menanamkan budaya sokongan dan kesetiaan yang kuat kepada pasukan dan ia merupakan tunjang kepada kekuatan skuad Harimau Selatan.
Katanya, pasukan itu dilihat telah berjaya mencipta hubungan simbiotik antara pasukan dan penyokongnya melalui pelbagai usaha melibatkan komuniti menerusi program kemasyarakatan, aktiviti bersama peminat dan penciptaan interaksi media sosial yang menyumbang kepada entiti serta kesetiaan yang kukuh.
"Memetik petikan kenyataan TMJ. 'Saya suka melihat rakyat saya bersatu. Bola sepak adalah faktor perpaduan, tidak mengira kaum atau agama'.
"Berdasarkan kenyataan ini dapat dijelaskan bagaimana hubungan penyokong, pasukan dan TMJ menjadi keutamaan serta secara tidak langsung mewujudkan 'fan base' yang kukuh dan setia.
"Dengan memupuk rasa keterikatan dan perpaduan, pasukan boleh mencipta suasana positif yang dapat membantu meningkatkan prestasi pemain di atas padang dan imej pasukan," katanya.
Sejak pembinaan skuad bermula 2013, JDT sudah meraih lapan Piala Sumbangsih, tiga kejuaraan Piala FA dan empat kali bergelar juara Piala Malaysia.
Malah lebih membanggakan skuad Harimau Selatan turut mengungguli pentas Asia apabila merangkul Piala AFC pada 2015.
Turut berada dalam kabinet JDT ialah kejuaraan 10 kali berturut-turut Liga Super. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 11 2023
Pemain JDT meraikan kemenangan selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta'zim dan Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 8 Dis lalu. --fotoBERNAMA
Kumpulan Houthi sasar tapak tentera pelabuhan Israel
Kumpulan itu menyasarkan tapak tentera dengan peluru berpandu balistik yang dinamakan 'Palestin' yang didedahkan buat kali pertama.
Lelaki maut ditikam anak saudara dengan gunting
Suspek dan mangsa dikatakan terlibat dalam pertengkaran, sebelum suspek menikamnya di bahagian dada dengan objek tajam.
Rombongan haji Thailand mahu meniru cara TH urus simpanan untuk jemaah
Delegasi haji Thailand berhasrat untuk mencontohi kejayaan Tabung Haji (TH) dalam pengurusan haji dan dana Islam, serta simpanan bagi menambah baik dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada jemaah negara itu.
Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan - TMB
Gua Musang bakal dijadikan antara daerah pusat ekonomi negeri Kelantan susulan kedudukannya yang strategik dan dapat menghubungkan negeri ini dengan Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu.
Waspada 'scam' melalui mesej jemputan perkahwinan
Polis telah mengesan penjenayah menggunakan mesej jemputan perkahwinan yang disebarkan melalui fail aplikasi yang ditanam "perisian hasad" atau emmalware bagi mencuri data dan mendapatkan butiran kewangan mangsa.
Urbanisasi: Beri penekanan aspek pelaksanaan di peringkat PBT
Usaha tidak boleh terhenti di situ kerana banyak usaha perlu dilakukan khususnya dalam menitikberatkan pelaksanaan di peringkat kerajaan tempatan.
Johari penuhi undangan Speaker Jepun, fokus R&D pertanian
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memulakan lawatan rasmi lima hari ke Jepun dengan melawat dua entiti berkaitan teknologi dan penyelidikan pertanian pada Isnin.
Korea Selatan ingin 'heret' Korea Utara ke UNSC
Korea Selatan merancang untuk mengadakan mesyuarat umum bersama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada pertengahan Jun.
Korea Selatan gantung pakatan ketenteraan dengan Korea Utara
Majlis Keselamatan Negara (NSC) Presiden Korea Selatan pada Isnin memutuskan untuk menggantung pakatan ketenteraan antara Korea pada 2018 sehingga sikap saling mempercayai dengan Korea Utara dipulihkan.
Bandar di utara Gaza diisytihar kawasan bencana
Tentera Zionis memusnahkan 50,000 unit kediaman, rangkaian sisa kumbahan dan jalan raya.
Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.
Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City, JDT
Polis sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di luar Stadium Cheras di sini pada Sabtu.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua
JDT menerima kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim dan menyaksikan tuan rumah berjaya melakar kemenangan 3-1.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.