MALAYSIA
'Raih RM6,400 seminggu' - Suami isteri dicekup promosi video lucah, pelacuran dalam talian

Pasangan tersebut ditahan di sebuah hotel di Shah Alam pada Selasa. (Gambar kecil: Rusdi)
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri yang sudah mempunyai empat cahaya mata dicekup dipercayai terlibat kegiatan pelacuran dan mempromosi video lucah secara dalam talian melalui aplikasi media sosial.
Ringkasan AI
- Sepasang suami isteri ditahan dalam operasi khas polis di Shah Alam atas disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah siber dan maksiat.
- Pasangan berusia 34 tahun itu ditahan oleh Bahagian D7 IPK Kuala Lumpur dalam serbuan di sebuah hotel, dan kini direman untuk siasatan lanjut.
- Polis merampas beberapa barangan bukti dan sedang menyiasat kes di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurutnya, pasangan terbabit mula bergiat aktif sejak Jun tahun lalu.
"Suspek lelaki iaitu suami kepada wanita terbabit dipercayai berperanan sebagai pencipta kandungan dengan mempromosikan penjualan video lucah serta menjalankan aktiviti pelacuran untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada penjualan video lucah dan langganan pelacuran daripada mana-mana pelanggan atau 'follower'.
"Suspek menyasarkan pelanggan-pelanggan yang mempunyai aplikasi X untuk membeli video lucah dan aktiviti pelacuran yang diuruskan oleh suspek dengan menggunakan aplikasi Telegram sebagai medium mesej perbualan.
"Bayaran yang dikenakan untuk penjualan video lucah dalam aplikasi Telegram bagi 'Private Channel Limited Content' ialah sebanyak RM50, manakala 'Private Channel VVIP Unlimited Content' pula sebanyak RM150," katanya pada Rabu.
Beliau berkata, bayaran yang dikenakan bagi langganan seks ialah RM450 hingga RM800 di sebuah hotel bertaraf empat bintang.
Katanya, wanita terbabit pula dipercayai berperanan sebagai pelacur yang akan membantu dalam melariskan perjualan video lucah dengan memainkan watak utama dalam setiap video dirakamkan.
"Suspek dikatakan mendapat pendapatan hingga RM6,400 seminggu," ujarnya.
Tambahnya, pasangan terbabit telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan telah direman tiga hari hingga Jumaat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 372A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami