awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Bhumibol memainkan peranan penting dalam kestabilan Thailand - PM Najib

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
14/10/2016
07:43 MYT
Raja Bhumibol memainkan peranan penting dalam kestabilan Thailand - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Majlis Kemuncak Sambutan Ulang Tahun ke-60 Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. - Foto Astro AWANI
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej sebagai satu kehilangan besar kepada kerajaan dan rakyat negara itu.
Ia kerana Raja Bhumibol memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan Thailand.
Justeru, beliau sekali lagi mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Thailand atas kemangkatan Raja Bhumibol.
"Saya mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Thailand atas kemangkatan Raja Bhumibol. Kita tahu betapa baginda disayangi oleh rakyatnya dan bagaimana tindakan serta peranan penting dimainkan baginda demi kestabilan negara Thailand," katanya semasa ditemui media selepas merasmikan Majlis Kemuncak Sambutan Ulang Tahun ke-60 Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Beliau juga berharap Thailand terus mencapai kejayaan bagi memastikan kesepaduan rakyat negara itu.
Jelas Datuk Seri Najib, beliau masih menunggu maklumat lanjut berhubung pengurusan pengkebumian Raja Thailand sebelum ke negara itu.
"Namun, secara prinsipnya, kita akan menghantar wakil di peringkat pimpinan tinggi kerana hubungan rapat kita (dengan Thailand) dan kerana menghormati sistem raja berpelembagaan Thailand. Jadi adalah penting untuk kita menunjukkan rasa hormat dengan menghantar wakil dari peringkat pimpinan tinggi," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Najib Tun Razak
#Perdana Menteri
#Raja Bhumibol
#Raja Thailand
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan