TELUK INTAN: Individu bergelar Raja Bomoh tampil membuat laporan polis bagi menafikan upacara menolak musibah banjir yang dilakukan di Dataran JPS Teluk Intan yang tular di media sosial bertentangan dengan akidah.
Laporan itu dibuat pada jam 12.30 tengah malam pada Rabu di Balai Polis Teluk Intan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Menurutnya, dalam laporan itu, lelaki berusia 71 tahun terbabit menyatakan perbuatannya itu hanya untuk mendoakan keselamatan penduduk supaya tidak berlaku banjir.
"Laporan tersebut telah dirujuk kepada pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut pihak mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata, polis telah menerima laporan berhubung perbuatan individu berkenaan bersama seorang wanita dikenali 'Puteri Zaleha' pada 4.30 petang Rabu.
Katanya, laporan tersebut juga telah dirujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak untuk tindakan lanjut.
Video berdurasi 25 minit yang tular di Facebook itu memperlihatkan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali sebagai 'Puteri Zaleha' melakukan ritual tepung tawar dipercayai untuk menolak kejadian banjir.
Mereka menggunakan bahan-bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun-daun kayu. Turut kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan kitab suci al-Quran.
BACA: Ritual tolak banjir 'Raja Bomoh' dan 'Puteri Zaleha' bercanggah ajaran Islam - Ahmad Marzuk
Susulan video tular itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah membuka kertas siasatan terhadap Raja Bomoh mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.
Di bawah seksyen itu, mereka yang mempersenda akan amalan atau upacara berkaitan agama Islam merupakan kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 06 2022

Upacara ritual menolak banjir dilakukan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali Puteri Zaleha yang tular di media sosial pada Rabu. - Foto Sinar Harian

Agenda AWANI: Isu kekurangan guru, bila nak selesai?
Profesion guru didakwa semakin membebankan dengan tugas melampau hingga menyebabkan ada yang memilih bersara awal kerana tertekan? Apa penyelesaiannya?

"Pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya untuk balas budi Zahid" - Muhyiddin
Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Agenda AWANI: Malaysia-Singapura | Kerjasama Ekonomi Baharu
Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencatat RM367.53 bilion (AS$83.53 bilion) tahun lalu. Apa lagi kerjasama ekonomi baharu yang boleh dirintis kedua-dua buah negara?

12 ekor kucing 'harta' pertama diselamatkan ketika banjir
Dalam kejadian banjir itu, kediaman Faridah dan suaminya Ahad Musa, 52, antara yang teruk terjejas apabila air naik hingga ke paras pinggang.

Malaysia Madani | Hormat dan saling percaya penting untuk ubah landskap politik
Hormat dan saling mempercayai adalah penting untuk mengubah landskap politik Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, ia merupakan sebahagian elemen dalam konsep Madani yang diperkenalkannya yang bertujuan memastikan pembangunan negara tidak meninggalkan sesiapa di belakang.

Jeti runtuh Pulau Pababag: KPM siasat insiden, arah sediakan laluan lebih selamat
KPM telah meminta agar kerajaan tempatan menyediakan laluan alternatif yang lebih selamat untuk murid, ibu bapa dan guru ke sekolah.

Tambak Johor | PM arah tambah anggota kastam dan imigresen
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penambahan anggota kastam dan imigresen dibuat serta merta di Tambak Johor. Anwar menyatakan, usaha itu merupakan langkah untuk menyelesaikan isu kesesakan bagi kemasukan rakyat di negara ini ke Singapura.
![[TERKINI] 28 maut dalam letupan di masjid di Peshawar [TERKINI] 28 maut dalam letupan di masjid di Peshawar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007274/34651835091675080960366_640x360.jpg)
[TERKINI] 28 maut dalam letupan di masjid di Peshawar
Sekurang-kurangnya 28 maut dan 150 yang lain cedera akibat letupan di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan. Kebanyakan mangsa korban merupakan anggota polis yang berada di dalam masjid untuk menunaikan solat.
![[TERKINI] Jeti Roboh | KPM pastikan aspek keselamatan ditingkatkan [TERKINI] Jeti Roboh | KPM pastikan aspek keselamatan ditingkatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007273/34651835071675080537388_640x360.jpg)
[TERKINI] Jeti Roboh | KPM pastikan aspek keselamatan ditingkatkan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan pastikan aspek keselamatan ditingkatkan, merujuk kepada insiden jeti roboh di Kampung Pababag, Semporna, Sabah yang melibatkan lebih kurang 25 orang murid sekolah termasuk murid Tabika Kemas dan dua orang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag pada jam 6.45 pagi.

Hina Islam: Prosiding kes 'Raja Bomoh' tangguh dua bulan lagi
Hakim membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan pendakwa untuk melengkapkan siasatan sebelum mengemukakan kertas pertuduhan.

Raja Bomoh janji tidak ulangi ritual pelik
Ibrahim turut berjanji untuk mematuhi fatwa yang telah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada tahun 2015 mengenai upacara perbomohan yang dijalankannya.

Ritual tolak banjir: Siasatan belum selesai, Raja Bomoh, Puteri Zaleha dibebas dengan ikat jamin
Ibrahim Mat Zin atau digelar 'Raja Bomoh' yang ditahan atas dakwaan mencela dan menghina agama Islam, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Syariah hari ini
Turut didakwa bersama individu berusia 71 tahun itu ialah seorang wanita yang dikenali 'Puteri Zaleha'.

Raja Bomoh buat laporan polis
Laporan itu dibuat pada jam 12.30 tengah malam pada Rabu di Balai Polis Teluk Intan.

Ritual tolak banjir 'Raja Bomoh' dan 'Puteri Zaleha' bercanggah ajaran Islam - Ahmad Marzuk
Ritual menolak banjir yang dilakukan Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh bersama seorang wanita di Teluk Intan baru-baru ini jelas terdapat unsur bercanggah dengan ajaran Islam.

Kerajaan harap Arab Saudi benar jemaah tunai haji tahun ini - Idris
Kerajaan berharap Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji oleh jemaah luar negara tahun ini, walaupun dunia berhadapan dengan ancaman varian baharu COVID-19, Omicron.

Ritual tolak banjir Raja Bomoh: JAIPk buka kertas siasatan
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

Raja Bomoh kembali lagi, kali ini dengan 'Puteri Zaleha' buat ritual tolak bala
Ketika banjir melanda beberapa negeri di Malaysia, nama "Raja Bomoh" kembali menjadi sebutan warganet.

'Raja Bomoh' ziarah Najib, mahu lihat sejarah
Ibrahim berkata tujuannya hanya untuk menziarah dan mennyanjungi sumbangan yang telah diberikan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.