Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah raja-raja Melayu berada dalam kedudukan terbaik untuk melindungi kepentingan rakyat daripada "hempasan ombak perebutan kuasa" yang dilihat semakin meretakkan perpaduan.
Titah baginda institusi raja adalah penerusan tradisi untuk mengekalkan identiti negara bangsa, satu lambang kedaulatan - payung mahkota negara.
"Ketika warga dilanda hempasan ombak perebutan kuasa yang kelihatan semakin meretakkan perpaduan, barang dijauhkan warga dari menghadapi nasib 'benang habis, kain tak jadi', 'jarum patah, baju tak siap'.
"Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berada dalam sebaik-baik kedudukan untuk melindungi kepentingan warga," titah baginda pada Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sini hari ini.
Dalam titah selama satu jam 45 minit di hadapan 500 hadirin, Sultan Nazrin bertitah raja pemerintah mempunyai tanggungjawab memastikan semangat perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang digubal serta kepentingan lebih besar negara dan warga sentiasa dilindungi.
Titahnya perkara-perkara asas, terutama yang menyentuh Islam dan Melayu yang dipersetujui ketika penggubalan perlembagaan merdeka, tidak harus diperdagangkan untuk tujuan meraih keuntungan politik jangka pendek.
Prinsip-prinsip asas itu titah baginda tidak wajar dikorbankan demi kepentingan untuk mengutamakan atau melindungi mana-mana pihak, baik organisasi mahupun individu.
"Prinsip-prinsip asas, terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan.
"Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka. Ummah wajib berdiri teguh - berpendirian tegas, tidak berundur, walau setapak sekalipun," titah baginda.
Sultan Nazrin Shah bertitah adalah menjadi tanggungjawab raja memerhati, mengawasi dan memiliki kekuatan untuk menegur para pentadbir agar mengurus tadbir negara, melaksanakan tanggungjawab secara amanah, telus, ikhlas dan jujur bagi memastikan kestabilan kerajaan, kemakmuran negara dan kesejahteraan warga.
Titah baginda raja tidak sekadar pelengkap memenuhi adat, negara beraja - rakyat bersultan atau simbol untuk melaksanakan tugas-tugas keraian semata-mata.
"Raja bukanlah monumen hiasan yang kaku, tanpa nyawa tanpa jiwa. Raja-Raja tidak daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan.
"Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan dan pendengaran raja-raja," tegas baginda.
Titah baginda, pandangan berterus terang dalam perkara-perkara berkaitan agama Islam, bahasa kebangsaan, perpaduan warga, kebebasan kehakiman, rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai lagi, tercetus daripada hasrat untuk memastikan negara terus stabil dan aman, warga terus sejahtera dan makmur.
Sultan Nazrin bertitah adalah penting untuk barisan yang dipertanggungjawabkan menasihati raja bersifat ikhlas, arif lagi berilmu, berkata benar, supaya raja tidak dibuai dalam khayalan dan tidak diulit dengan gurindam kepalsuan.
"Pihak-pihak yang memalsukan fakta dan melindungi kebenaran daripada raja pemerintah, derhaka sifatnya," titah baginda.
Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah raja dan kerabat diraja tidak terkecuali daripada sasaran lensa dan pena media.
"Raja tidak harus memandang sepi akan peranan media dalam maya yang semakin terbuka. Raja juga wajib menghindarkan diri daripada terjebak atau terperangkap secara langsung dalam sebarang litar putaran media," titah baginda.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi Panel Perunding Perpaduan Ummah Majlis Dakwah Negara Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Dr Yusri Mohamad.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2017
SULTAN NAZRIN: "Raja bukanlah monumen hiasan yang kaku, tanpa nyawa tanpa jiwa. Raja-Raja tidak daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan." - fotoBERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM
Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.
Pemimpin perlu bahas isu rakyat, bukan isu parti, peribadi di Parlimen - Penganalisis
Wakil rakyat perlu sentiasa menjaga adab dan menggunakan persidangan Dewan Rakyat serta Dewan Negara sebagai tempat membahaskan isu kepentingan rakyat.
Kukuhkan Kerajaan Perpaduan demi laksana agenda rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kerajaan Perpaduan terus diperkukuhkan supaya dapat menjalankan kerja dengan baik demi rakyat.
Kerajaan perlu berani jadi tidak popular - Herizal Hezri
Ada keputusan penting untuk negara yang perlu diambil pasti tidak akan memuaskan hati semua orang.
Kesejahteraan rakyat perlu jadi keutamaan - Anwar
Anwar menjelaskan, keadilan tidak hanya tentang membanteras rasuah tetapi perlu lebih kepada perkara asas iaitu menjamin kesejahteraan rakyat terbanyak.
Pemilihan Kabinet dipengaruhi 'percaturan politik' - Anwar
Anwar berkata adalah mengecewakan apabila kepentingan rakyat tidak jelas dalam keputusan pemilihan pentadbiran baharu berkenaan.
Letakkan kepentingan rakyat mengatasi politik peribadi - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin menuntut semua pemimpin memainkan peranan sebagai mata dan telinga rakyat agar setiap isu diberi penyelesaian terbaik.
Rakyat di paras tertinggi 'bosan, kecewa dan marah' lihat gelagat ahli politik - Penganalisis
Keutamaan perlu diberikan kepada tangani COVID-19, pemulihan dan segerakan vaksinasi.
COVID-19: Jika keluar kerajaan, UMNO rencat proses pemulihan negara - Penganalisis
Noor Nirwandy berkata, titah Yang di-Pertuan Agong tidak harus dipolemikkan kerana jelas baginda mahukan kesuburan politik demokrasi matang terus menjadi tunjang pentadbiran negara.
PM Muhyiddin minta MIC utamakan politik perpaduan
Dalam era politik baharu sekarang, semua parti mempunyai peranan dan sumbangan yang sama penting untuk menjaga kebajikan rakyat dan memajukan negara.