awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Mohamed Affandi letak jawatan Pengerusi LTAT secara sukarela - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
13/02/2024
07:19 MYT
Raja Mohamed Affandi letak jawatan Pengerusi LTAT secara sukarela - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled ketika sidang media selepas Pelancaran Kick-off Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan (KPP) di Wisma Perwira ATM hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor telah meletakkan jawatan itu secara sukarela.
"Sebenarnya Raja Mohamed Affandi letak jawatan secara sukarela, tiada isu berhubung perkara berkenaan," katanya selepas diminta mengulas isu berkaitan peletakan jawatan Raja Mohamed Affandi yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera sebagai Pengerusi LTAT.
Mohamed Khaled berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan di sini hari ini.
Pada 8 Feb lepas, LTAT dalam satu kenyataan mengumumkan persaraan Raja Mohamed Affandi daripada jawatan berkenaan.
LTAT memaklumkan tempoh perkhidmatan Raja Mohamed Affandi bermula pada 2021, ditandai oleh komitmen tidak berbelah bahagi dalam mengukuhkan tadbir urus korporat dana persaraan angkatan tentera itu.
Raja Mohamed Affandi dilantik menjadi Pengerusi LTAT pada 3 Ogos 2021, menggantikan Jen (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin yang bersara setelah berkhidmat sebagai Pengerusi LTAT sejak Ogos 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Mohamed Affandi
#letak jawatan
#Lembaga Tabung Angkatan Tentera
#Mohamed Khaled Nordin
#LTAT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan