awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Nazrin: Pastikan pilihan raya berlangsung aman

Bernama
Bernama
03/04/2013
12:28 MYT
Raja Nazrin: Pastikan pilihan raya berlangsung aman
Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menyeru semua pihak membantu menjamin proses pilihan raya berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram berteraskan semangat meluhurkan Perlembagaan dan mendaulatkan undang-undang.
Baginda bertitah pilihan raya adalah satu proses yang memberikan hak dan peluang kepada rakyat untuk m pemilih kerajaan dan wajib dihargai.
"Warga wajib mempamerkan kebijaksanaan berpolitik melalui amalan demokrasi yang matang.
"Parti-parti politik terutama barisan pimpinan politik hendaklah mencerminkan sifat penuh bertanggungjawab dengan sentiasa mengutamakan aspek-aspek keselamatan, ketenteraman awam dan perpaduan warga," titah baginda pada majlis Istiadat Penyerahan Watikah Perkenan Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak ke-12 di sini.
Titah baginda dalam usaha untuk mendapatkan sokongan, perkara yang berpotensi mengguris perasaan rakyat terutama berhubung sensitiviti agama, kaum, budaya dan bahasa yang boleh menjejaskan hubungan harmoni dan perpaduan hendaklah dijauhkan sama sekali.
"Wajib dipelihara dan wajib dipastikan tidak diucap sebarang perkataan dan tidak dilakukan sebarang perbuatan yang boleh menghalang kelancaran perjalanan pilihan raya," titah baginda.
Baginda bertitah pihak penguatkuasa undang-undang perlu mengambil tindakan tegas dan segera terhadap sebarang perbuatan oleh mana-mana pihak yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
"Ketenteraman awam wajib dipelihara pada setiap masa. Integriti pihak penguatkuasa undang-undang hendaklah dipelihara dengan mempamerkan penguatkuasaan undang-undang secara adil dan saksama tanpa partisan," titah baginda.
Ketenteraman awam hendaklah sentiasa diutamakan dengan memberikan sepenuh kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihanraya, pihak berkuasa berkaitan dan pasukan keselamatan, titah baginda.
"Tugas-tugas pasukan keselamatan jangan sama sekali disulitkan dan ditambah bebanan dengan mencetuskan perkara-perkara yang boleh menjejas ketenteraman awam," titah baginda.
Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir diiringi Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk R.Ganesan menghadap baginda bagi memohon perkenan pembubaran DUN Perak.
Topic Berkaitan
#demokrasi
#Parlimen
#Perak
#PRU-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan