awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong berangkat ke Forum Intelektual Diraja UTM di Johor

Bernama
Bernama
03/09/2024
21:30 MYT
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Forum Intelektual Diraja UTM di Johor
Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah pada Selasa berkenan berangkat ke Forum Intelektual Diraja Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor,.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, forum berjudul 'Pemeliharaan Islam Terhadap Perubahan Iklim dan Kelestarian Alam Sekitar' itu, diadakan di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Skudai, Johor Bahru.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda yang merupakan Canselor UTM disambut Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor, yang juga Pro-Canselor UTM.
"Perbincangan meneroka perkara berkaitan alam sekitar dan mengenal pasti tindakan praktikal yang boleh diambil, untuk menggalakkan kelestarian alam, selaras dengan panduan nilai-nilai Islam.
"Berpandukan kepada konsep khalifah, perbincangan tertumpu kepada dimensi etika dan peranan agama dalam menjaga alam sekitar seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis," menurut hantaran tersebut.
Topik perbincangan forum itu dikupas mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Prof Emeritus Datuk Dr Azizan Baharuddin dari Fakulti Sains Universiti Malaya, manakala Prof Adjung Akademi Tamadun Islam UTM Dr Shaikh Mohd Saifudeen Shaikh Mohd Salleh, sebagai moderator forum berkenaan.
Turut hadir Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ahmad Fauzi Ismail; Pengerusi Pusat Kelestarian Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Hishamuddin Abd Rahim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Raja Zarith Sofiah
#Forum Intelektual Diraja
#UTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan