awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong berkenan melawat Hospis Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2025
07:21 MYT
Raja Permaisuri Agong berkenan melawat Hospis Malaysia
Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan melawat Hospis Malaysia, sebuah organisasi amal yang menyediakan penjagaan paliatif kepada pesakit kronik termasuk penghidap kanser dan penyakit buah pinggang. - Sumber foto IG officialsultanibrahim
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan melawat Hospis Malaysia, sebuah organisasi amal yang menyediakan penjagaan paliatif kepada pesakit kronik termasuk penghidap kanser dan penyakit buah pinggang.
Lawatan itu merupakan acara khas sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Sepanjang lawatan lebih dua jam itu, Raja Zarith Sofiah berkenan bertemu dan beramah mesra dengan pesakit yang menerima rawatan di pusat berkenaan, selain mengurniakan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada Hospis Malaysia.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni; Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Suriani Ahmad; dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospis Malaysia, Dr Ednin Hamzah.
Dalam titahnya, Seri Paduka Baginda menjelaskan bahawa Baginda memilih untuk melawat Hospis Malaysia kerana menyedari masih ramai rakyat yang belum memahami kepentingan penjagaan paliatif dalam menjaga ahli keluarga yang menghidap penyakit serius.
“Sebuah hospis seperti Hospis Malaysia dapat membantu memberikan rawatan paliatif — iaitu rawatan sokongan — kepada pesakit kronik.
“Tanggungjawab doktor dan jururawat di sini adalah untuk memberi nasihat serta sokongan kepada pesakit dan keluarga mereka, termasuk membuat lawatan ke rumah dan merawat pesakit, serta mengurangkan kesakitan mereka melalui penggunaan ubat-ubatan yang berkesan,” titah Seri Paduka Baginda.
Raja Zarith Sofiah turut berkongsi bahawa Baginda pernah melawat Hospis Malaysia secara tertutup bersama anakanda Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Baginda juga menceritakan bahawa kesedaran mengenai penjagaan paliatif bermula sejak lewat 1990-an apabila Kelab Rotary Johor Bahru menganjurkan program lawatan ke rumah pesakit kronik. Seri Paduka Baginda kemudian menjadi sukarelawan dan turut serta dalam program tersebut.
“Setiap kali ada seminar mengenai penjagaan paliatif, saya akan hadir, dan di situlah saya bertemu Dr Ednin serta pakar-pakar paliatif dari luar negara,” titah Baginda.
View this post on Instagram
A post shared by King and Queen of Malaysia (@officialsultanibrahim)
Terdahulu, dalam ucapan sembah maklum, Datuk Lukanisman menekankan bahawa bidang perubatan paliatif amat penting dalam memastikan pesakit yang menghidap penyakit serius menerima rawatan yang menyeluruh dan berteraskan empati.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan telah menubuhkan subkepakaran perubatan paliatif sejak tahun 2003, dan sehingga Mei lalu, sebanyak 17 hospital kerajaan menawarkan perkhidmatan ini termasuk bagi rawatan paliatif pediatrik dengan penglibatan pakar yang bertauliah.
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Raja Zarith Sofiah
#Kementerian Kesihatan
#Hospis Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan