KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara pada Rabu.
Kereta membawa Seri Paduka Baginda dilihat tiba di IJN pada jam 9.20 pagi.
Pada Ahad, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan di Wad Diraja IJN.
Katanya kesihatan Seri Paduka Baginda berada dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.
Beliau berkata, pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan itu berhubung dengan rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali yang pernah dijalankan Seri Paduka Baginda pada September 2020.
"Pada 24 September 2020, Seri Paduka Baginda menjalani rawatan intervensi tersebut setelah pengimejan MRI menunjukkan kecederaan pada sendi-sendi lutut dan buku lali Baginda ketika bersukan.
"Rawatan susulan ini tertangguh dari tarikh tersebut ekoran daripada pelaksanaan prosedur operasi standard COVID-19 di hospital-hospital awam, termasuk IJN," katanya.
Pada masa sama, Ahmad Fadil berkata Seri Paduka Baginda turut berkenan menjalani pemeriksaan respiratori di IJN.
Menurut beliau, Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan susulan tersebut.
Justeru beliau menyeru seluruh rakyat mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan.
Astro Awani
Wed Jan 26 2022

Kereta membawa Seri Paduka Baginda dilihat tiba di IJN pada jam 9.20 pagi. - Foto fail/BERNAMA

Buruh warga Indonesia maut ditetak
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan selain putus sebelah telinga.

Awal Ashari mengaku tidak bersalah lakukan khianat terhadap syarikat perumahan
Awal Ashari mengaku tidak bersalah selepas berdepan tuduhan khianat merosakkan palang pagar sebuah syarikat perumahan di Damansara bulan lalu.

COVID-19 | 6 lagi maut, korban di Korea Utara kini 56 orang
Korea Utara melaporkan enam lagi kematian akibat demam, beberapa hari selepas negara itu mengumumkan kes pertama COVID-19. Media kerajaan KCNA melaporkan, serentak itu itu pasukan tentera telah diarah mengagihkan segera bekalan perubatan ke semua farmasi di seluruh bandar Pyongyang.

Acara Tradisi | Teruskan tradisi lama "bersusul" pasang pelita
Tradisi memasang pelita atau ‘bersusul’ dalam bahasa suku kaum Kedayan, Brunei masih diamalkan sejak zaman berzaman di daerah Papar, Sabah. Tradisi yang diamalkan ini bukan sahaja memeriahkan sambutan bulan Syawal malah menterjemahkan semangat kerjasama dan perpaduan antara ahli keluarga dan penduduk kampong.

Tepung Gandum | Bekalan tidak terkesan, 80% import dari Australia
Malaysia dijangka tidak berdepan dengan kekurangan bekalan gandum. Ia di sebalik larangan india mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik. Ini jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kerana Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

MBSA dapatkan maklumat kakitangan bertengkar dengan pelanggan
Menerusi rakaman video itu, kakitangan dan individu terbabit masing-masing tidak berpuas hati antara satu sama lain

Bersatu tidak halang Pas kerjasama dengan UMNO - Muhyiddin
Setakat ini Bersatu masih lagi sebahagian daripada PN dan pendekatan itu diambil sebagai usaha penyatuan ummah.

FDI ke Malaysia 'mencanak naik', terbaik dalam kalangan ASEAN - Pengarah IKMAS UKM
FDI yang masuk ke Malaysia pada 2021 adalah yang tertinggi di seluruh negara ASEAN dan kita telah menerimaa lebih daripada AS$23.4 bilion.

COVID-19: "Situasi semakin baik, saya tak nampak muka KJ bimbang" - Muhyiddin
Laporan yang dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, keadaan hospital awam tidak berdepan dengan tekanan yang serius.

Ellie, Azri bercerai selepas 19 tahun hidup sebagai suami isteri
Di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pagi tadi, Azri melafazkan talak satu pada Ellie.

Seri Paduka berkenan berangkat menghadap Presiden UAE yang baharu di Abu Dhabi
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menghadap Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Agong berangkat ke Abu Dhabi untuk beri penghormatan terakhir
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada kira-kira 4.20 petang.

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Presiden UAE
Seri Paduka turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Almarhum dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Sheikh Khalifa sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu itu.

Agong titah rakyat sentiasa amal penjagaan kesihatan ketika sambutan Aidilfitri
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya rakyat sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan.

Agong, Permaisuri berkenan kurnia sumbangan kepada asnaf, anak yatim
Seri Paduka Baginda berdua berkenan mengurniakan sumbangan kepada 127 asnaf dan anak yatim sekitar daerah Kuantan, dalam majlis ringkas.

Agong zahir ucapan Selamat Hari Tentera Laut ke-88
Ucapan berkenaan turut ditujukan Al-Sultan Abdullah kepada veteran dan semua yang pernah berkhidmat dengan TLDM.

Raja Permaisuri kongsi tips masak dengan peniaga bazar
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meluangkan masa melawat serta bermesra dengan peniaga serta orang ramai di Bazar Ramadan Peringgit.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Che Mariam Abdullah
Seri Paduka berdua juga mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Lebih 100 NGO serah memorandum kepada Istana Negara, minta Ahmad Marzuk digantikan
Memorandum itu susulan daripada kenyataan yang didakwa mengelirukan, dikeluarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga wakil tetap Malaysia ke ASEAN
Seri Paduka baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.