awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong ziarah pesakit kanak-kanak Hospital Tunku Azizah KL

Bernama
Bernama
20/03/2024
06:15 MYT
Raja Permaisuri Agong ziarah pesakit kanak-kanak Hospital Tunku Azizah KL
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli melawat Sekolah Dalam Hospital (SDH) HTA ketika menziarahi pesakit kanak-kanak di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan mencemar duli menziarahi pesakit kanak-kanak di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.
Seri Paduka meluangkan masa lebih sejam menyantuni kira-kira 40 pesakit berumur bawah 15 tahun di hospital berkenaan dan mengurniakan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Raja Zarith Sofiah kemudiannya mencemar duli melawat Sekolah Dalam Hospital (SDH) HTA yang menyediakan kelas untuk pesakit sekolah rendah dan menengah.
SDH ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bagi menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan berstruktur dalam persekitaran yang kondusif bagi murid yang sedang menerima rawatan.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Pengarah Hospital Kuala Lumpur Datin Dr Rohana Johan dan Pengarah HTA Dr Shamsul Anuar Kamarudin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Raja Zarith Sofiah
#menziarahi pesakit kanak-kanak
#Hospital Tunku Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan