awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid di Syria ragut 8 nyawa, 18 cedera
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri berkenan lawat Muzium Victoria dan Albert di UK

Bernama
Bernama
25/09/2021
21:11 MYT
Raja Permaisuri berkenan lawat Muzium Victoria dan Albert di UK
Seri Paduka berkenan menerima sembah taklimat mengenai muzium yang menempatkan khazanah seni dan artifak reka bentuk kreativiti manusia milik Britain berusia 5,000 tahun. - Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melawat Muzium Victoria dan Albert di United Kingdom (UK) pada Sabtu.
Dalam lawatan selama dua jam bermula pada 11.30 pagi itu, Seri Paduka berkenan menerima sembah taklimat mengenai muzium yang menempatkan khazanah seni dan artifak reka bentuk kreativiti manusia milik Britain berusia 5,000 tahun.
Istana Negara menerusi kenyataan di laman Facebook malam tadi memaklumkan turut mengiring baginda ialah isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Nor Aini Abdul Rahman.
Lawatan ke Muzium Victoria dan Albert semalam adalah antara atur cara Lawatan Khas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong ke UK selama 10 hari bermula 17 Sept lepas.
Usai lawatan khas itu, Seri Paduka berdua berkenan beristirahat di London bermula 27 Sept dan dijadual berangkat pulang ke tanah air pada 23 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#London
#Muzium Victoria dan Albert
#lawatan ke United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan