awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri berkenan terima mengadap kepimpinan PBSMM

Bernama
Bernama
08/05/2025
07:31 MYT
Raja Permaisuri berkenan terima mengadap kepimpinan PBSMM
Pada pertemuan yang berlangsung selama hampir sejam itu, Tunku Puteri Intan Safinaz turut mempersembahkan perkembangan semasa serta aktiviti kemasyarakatan dijalankan PBSMM. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima mengadap Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan kepimpinan kanan PBSMM.

Ringkasan AI
  • Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Tunku Puteri Intan Safinaz, serta kepimpinan kanan PBSMM.
  • PBSMM mempersembahkan buku khas sempena ulang tahun ke-75 organisasi itu, yang memuatkan kata pengantar Raja Zarith Sofiah serta koleksi gambar beliau sewaktu menyantuni rakyat yang dilanda musibah.
  • PBSMM berhasrat menjual buku tersebut bagi mengisi dana organisasi, selain mempersembahkan perkembangan semasa serta latihan sukarelawan dalam menghadapi bencana banjir.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada pertemuan itu Tunku Puteri Intan Safinaz mempersembahkan buku bertajuk "A Humanitarian Story' cetakan PBSMM dalam meraikan ulang tahun ke-75 penubuhan organisasi itu dalam khidmat kemanusiaan.
Buku berkenaan memuatkan kata pengantar nukilan Raja Zarith Sofiah yang juga Penasihat Diraja PBSMM serta koleksi gambar Seri Paduka Baginda sewaktu menyantuni rakyat dilanda musibah.
"Ia memuatkan nukilan Seri Paduka Baginda yang menyertai Bulan Sabit Merah sebagai sukarelawan pada Oktober 2006, serta menceritakan pengalaman Seri Paduka Baginda dalam kerja-kerja kemasyarakatan termasuk bencana banjir besar melanda Johor pada Disember 2006 mengakibatkan lebih 100,000 penduduk negeri itu terjejas," menurut hantaran itu.
Tunku Puteri Intan Safinaz turut mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda bahawa PBSMM berhasrat untuk menjual buku berkenaan dalam usaha mengisi dana organisasi berkenaan.
Pada pertemuan yang berlangsung selama hampir sejam itu, Tunku Puteri Intan Safinaz turut mempersembahkan perkembangan semasa serta aktiviti kemasyarakatan dijalankan PBSMM termasuk latihan yang diberikan kepada para sukarelawan khususnya dalam menghadapi bencana banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Raja Zarith Sofiah
#Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
#Tunku Puteri Intan Safinaz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami