Sultan dan Raja-Raja Melayu berangkat ke Istana Negara hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) sempena Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Mesyuarat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 10.55 pagi itu dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan yang diwakili Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.
Raja-Raja yang berangkat ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Kedah Sultan Salehuddin Almarhum Sultan Badlishah, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.
Turut hadir kesemua Yang Dipertua Negeri iaitu Tun Dr Mohd Khalil Yaakob (Melaka), Tun Abdul Rahman Abbas (Pulau Pinang), Tun Abdul Taib Mahmud (Sarawak) dan Tun Juhar Mahiruddin dari Sabah.
Pada mesyuarat itu, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, manakala Sultan Perak Sultan Nazrin Shah akan melafaz sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Sebaik melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan itu, Sultan Abdullah yang menggantikan Sultan Muhammad V secara rasminya menduduki takhta selama lima tahun bermula hari ini.
Turut hadir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 31 2019
Persiapan menjelang Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 giat dijalankan di hadapan pintu masuk Istana Negara pada 30 Jan, 2019. --fotoBERNAMA
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri.
Agong berkenan berangkat rasmi HLN 2024 Mei ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.
Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan, perwakilan asing
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan serta perwakilan asing di Istana Negara malam ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Mac 2024.
Agong kurnia X90 kepada Ketua Polis Negara, pegawai kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Proton X90 kepada Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai kanan Istana Negara, bagi mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang mereka.
Agong berangkat hadir hari kedua mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara, hari ini.
Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara.
Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pre-council Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265
Ini merupakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pertama yang dihadiri Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Agong berkenan nikmati santapan minum petang bersama PM Anwar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa menikmati santapan minum petang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.
Jabatan Pertanian pilih pokok untuk upacara penanaman di Istana Negara
Jabatan Pertanian telah diberi kepercayaan memilih spesies pokok bagi upacara menanam pokok bersempena dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja sejak 2019.