INTERNATIONAL
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah

Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci. - Gambar fail
JEDDAH: Mahkamah Diraja Arab Saudi pada Rabu mengumumkan bahawa Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci, dimasukkan ke Hospital Pakar Raja Faisal di Jeddah untuk pemeriksaan kesihatan rutin.
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam, lapor Saudi Press Agency (SPA), memetik kenyataan yang juga diterbitkan dalam akaun X rasmi Mahkamah Diraja.
Kali terakhir baginda dimasukkan ke hospital pada Mei 2022 bagi menjalani ujian kolonoskopi dan perubatan, lapor Gulf News (@gulfnews) di platform X.
-- BERNAMA-SPATAG: Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci, pemeriksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami