JOHOR BAHRU: Ibarat "ibu" yang sentiasa memayungi masa depan anak-anak, begitulah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang begitu komited dalam mengutamakan bidang pendidikan dan perkembangan intelektual rakyat terutamanya generasi muda.
Kecintaan mendalam Raja Permaisuri Agong terhadap bidang pendidikan sebagai wadah untuk memajukan diri terserlah apabila banyak mengilhamkan program yang memberi manfaat secara langsung bukan sahaja kepada pembentukan dan melahirkan graduan berkualiti, malah turut membantu memajukan komuniti setempat khususnya di Johor.
Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, penubuhan Raja Zarith Sofiah Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (RZS-CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 15 Jun 2019, adalah antara bukti komitmen Raja Zarith Sofiah terhadap bidang pendidikan.
Hal ini kerana melalui pusat berkenaan, beberapa siri wacana yang menghimpunkan intelektual terkemuka negara dan antarabangsa telah dilangsungkan dengan baginda sendiri mengambil peluang menyampaikan ucap tama dalam wacana berkenaan.
Satu daripada wacana itu ialah ketika program Syarahan Perdana dan majlis pelancaran buku tokoh intelek dunia Islam Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas berjudul Islam: The Covenants Fulfilled di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, tahun lepas.
"Sosok kehadiran Raja Permaisuri Agong dalam wacana ilmu seperti ini menzahirkan lagi komitmen Seri Paduka Baginda dalam bidang keilmuan, khasnya dalam konteks manfaat dunia Islam," katanya kepada Bernama.
Raja Zarith Sofiah merupakan Canselor UTM sejak 1 Jun 2010.
Penubuhan RZS-CASIS antara lain bermatlamat menjalankan penyelidikan termaju tentang Islam, sains dan tamadun serta memberikan kepakaran dalam bidang pemikiran dan peradaban Islam.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Cina dari University of Oxford, United Kingdom, Raja Permaisuri Agong juga ialah pencetus idea untuk UTM menjalinkan kerjasama dengan Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), United Kingdom, pada Mei tahun lepas untuk menganjurkan program Science Roundtable, bertemakan Imagining the Future: Climate Change, Health, and Food Security in Muslim Societies.
"Penganjuran program OCIS-UTM ini adalah untuk membincangkan buah fikiran dan strategi yang mampan bagi menangani perubahan iklim dunia terutamanya dalam konteks masyarakat Islam.
"Ia sebagai melengkapi aktiviti intelektual lain seperti UTM Royal Intellectual Forum, yang bermatlamat membincangkan nilai moral ekonomi Islamiah dalam konteks cabaran dan pelaksanaan yang menekankan keadilan, kesamarataan dan kemampanan dalam mendepani dunia digital era kini yang pantas berubah," kata beliau.
Selain itu, di Johor Bahru, Raja Zarith Sofiah ialah individu yang mengilhamkan program Bangsa Johor Bahagia (BJB), suatu program signifikan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).
Komuniti di Pangsapuri Kangkar Pulai di sini, merupakan projek perintis bagi program itu dan telah dimulakan oleh pasukan penyelidik UTM pada 2018 di bawah naungan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.
"Menerusi program itu, Raja Permaisuri Agong telah menyumbang dan mengumpul dana serta bantuan peralatan bagi pelaksanaan projek ini. Sehingga kini, komuniti BJB telah menjadi contoh dan mendapat pengiktirafan antarabangsa, sepertimana komuniti Flat Kenari Kangkar Pulai yang menjadi pemenang Commonwealth Association of Planners (CAP) Award for Planning Achievement atas keberhasilan yang cemerlang dalam Projek Kebun Komuniti," kata Ahmad Fauzi.
Pada sisi keperibadian lain, Seri Paduka Baginda juga dilihat sebagai sosok yang mempunyai keprihatinan tinggi terhadap kebajikan dan kemaslahatan rakyat, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang menuntut di UTM. Seri Paduka Baginda sering mengadakan perjumpaan sama ada secara fizikal ataupun dalam talian untuk bertanyakan khabar mereka terutama ketika pandemik COVID-19.
Malah, dalam konflik kemanusiaan di Gaza, Palestin yang masih berlarutan sehingga kini, Seri Paduka Baginda menjadi antara individu terkedepan yang mengambil peduli kebajikan dan kesejahteraan mental dan fizikal 31 pelajar Palestin yang sedang menuntut di universiti awam berkenaan.
Menerusi Majlis UTM Chancellor's Engagement with Palestinian Students pada Oktober 2023, Raja Permaisuri Agong sendiri berkenan menyantuni mereka secara peribadi.
Selain cakna penderitaan dialami pelajar Palestin, Raja Zarith Sofiah turut komited menyokong UTM dalam meraih dana bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan dan pengoperasian universiti menerusi program "UTM Royal Gala Dinner" yang dianjurkan pada setiap dua tahun.
Pelaksanaan program ini, kata Ahmad Fauzi, telah membuka peluang kepada agensi kerajaan, korporat, pemain industri bahkan orang perseorangan untuk sama-sama menyumbang dan menjalankan tanggungjawab sosial, lebih-lebih lagi untuk manfaat mahasiswa. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024
Raja Zarith Sofiah begitu komited dalam mengutamakan bidang pendidikan dan perkembangan intelektual rakyat terutamanya generasi muda. - Gambar Bernama
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan keuntungan ekonomi sahaja.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto
Ucapan itu dizahirkan menerusi poster khas yang turut memaparkan gambar Sultan Ibrahim dan Prabowo berjabat tangan, yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Agong, Permaisuri berangkat pulang ke tanah air dari Brunei
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengakhiri Lawatan Negara tiga hari ke Brunei.