awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Subahat daftar pekerja asing: Lima individu termasuk tiga pengawai penguat kuasa ditahan
MALAYSIA
Kerajaan Perpaduan berpotensi besar kekal satu lagi penggal - Merdeka Centre
MALAYSIA
Ukraine rayu Malaysia perkukuh bantuan kemanusiaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Rakam video rakan serumah mandi, akauntan didenda RM3,300

Bernama
Bernama
24/06/2025
09:15 MYT
Sponsor Banner
Rakam video rakan serumah mandi, akauntan didenda RM3,300
Majistret turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang akauntan didenda RM3,300 oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini, selepas mengaku bersalah merakam video rakan serumahnya yang sedang mandi, minggu lepas.
Majistret Amalina Basirah Md Top yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fahmi Akmal Zakaria, 30, turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.
Muhammad Fahmi didakwa telah mengaibkan kehormatan seorang lelaki berumur 31 tahun dengan cara merakam video mangsa sedang mandi dengan maksud mengganggu kesantunannya, di sebuah pangsapuri di Taman Ukay Perdana, di sini pada 8.10 pagi, 20 Jun lepas.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang sedang mandi di rumah sewanya melihat cahaya berkelip di rak perkakas mandi sebelum mendapati terdapat sebuah peranti kamera tersembunyi dan mengesyaki ia perbuatan rakan serumahnya.
Mangsa telah mengambil komputer riba dan wayar USB milik tertuduh dan mendapati peranti kamera terbabit mempunyai kad memori mengandungi video mangsa sedang mandi.
Tertuduh telah ditangkap pada 20 Jun lepas dengan peranti kamera, telefon bimbit serta komputer riba miliknya turut dirampas dan hasil siasatan mendapati tertuduh telah merakam mangsa sedang mandi dalam keadaan mengaibkan.
Terdahulu, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Mohd Azizi Darus memohon hukuman denda minimum atas alasan tertuduh yang bekerja sebagai akauntan dan berpendapatan RM2,500 sebulan perlu menanggung keluarga.
Selain itu, anak guamnya turut memaklumkan perbuatan itu hanyalah gurauan memandangkan dia dan mangsa teman serumah.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Norhidayah Abdullah Sani memohon hukuman berbentuk pencegahan dengan mengambil kira fakta kes bagi memberikan pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
"Kepentingan awam perlu diutamakan. Perkara ini bukan gurauan, sekiranya video tersebar ia boleh mengaibkan mangsa," katanya yang mengendalikan kes itu bersama TPR Ramanathan Alias Ashwin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#rakam orang mandi
#denda
#Hukuman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami