awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakan kongsi didenda RM90,000 menggaji warga asing tanpa permit

Petrus Bernard
Petrus Bernard
23/02/2021
02:00 MYT
Rakan kongsi didenda RM90,000 menggaji warga asing tanpa permit
Chin Kwang Vui dan Goh You Chai, mengaku bersalah menggaji dua wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Filipina di premis restoran mereka. - Astro AWANI
TAWAU: Dua rakan kongsi masing-masing didenda RM45,000 di Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan menggaji tiga orang pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah premis perniagaan mereka.
Tertuduh, Chin Kwang Vui, 49 dan Goh You Chai, 61, mengaku bersalah menggaji dua wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Filipina di sebuah restoran milik mereka pada Ogos 2019.
Kedua mereka membuat pengakuan selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Mengikut kertas pertuduhan, Goh dan Chin didapati membenarkan Jesica Samuel, 21, dan Margareta Sanoa, 36, serta Felixander, 30, bekerja tanpa permit sah di Weijabao Noodle House Kubota Sentral pada jam 11.40 pagi, 17 Ogos lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 55 E(1) Akta Imigresen 1959/1963.
Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Imigresen Tawau, Pilin Kenry manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Hakim menetapkan tertuduh masing-masing membayar denda RM45,000 untuk tiga imigran haram yang digaji dan sekiranya gagal kedua-dua tertuduh akan dipenjara sembilan bulan.
Bagaimanapun kedua tertuduh membayar denda tersebut dan imigran tersebut sudah diusir ke negara asal masing-masing.
Topic Berkaitan
#denda
#pati
#Mahkamah Sesyen
#rakan kongsi
#Chin Kwang Vui
#Goh You Chai
#Awang Kerisnada Awang Mahmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan