Seorang daripada mangsa yang terselamat dalam kejadian rakit tenggelam di Sungai Bekok, Yong Peng, di sini, petang semalam, berkata suasana menjadi kelam kabut selepas rakit yang dinaiki bersama sembilan anggota keluarga lain menghempap mereka selepas terbalik.
Ali Abdul Raman Hairaddin, 28, berkata sejurus dihempap, kesemua anggota keluarganya terpisah dan dia hanya sempat menyelamatkan bapanya, Hairaddin Masran, 58, dan isterinya, Junaidah Yang, 28, sebelum meminta pertolongan orang awam.
"Air sungai kelihatan tenang sebelum kami menaiki rakit, namun, keadaan angin bertiup kuat.
"Sampai di tengah sungai, kejadian berlaku pantas apabila rakit itu terbalik dan menghempap kami yang kemudiannya menyebabkan semua orang terpisah apabila ia tenggelam," katanya.
Ali Abdul Raman yang merupakan seorang juruteknik komputer di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya berkata demikian kepada pemberita di lokasi kejadian berkenaan, di sini, hari ini.
Katanya dia tidak sangka kepulangannya ke kampung halaman di Kangkar Bahru, di sini, sempena musim cuti bertukar tragedi sehingga menyebabkan empat anggota keluarganya iaitu ibu, adik lelaki dan dua anak saudara lelakinya, lemas.
BACA: Mayat nenek mangsa terakhir rakit tenggelam ditemui pagi tadi
Menurut Ali Abdul Raman, sebelum kejadian itu, mereka sekeluarga berhasrat menaiki rakit kayu itu untuk melihat ternakan kambing bapanya yang diusahakan di seberang sungai itu sejak dua bulan lepas.
Mereka sekeluarga katanya turut sempat menghadiri satu majlis perkahwinan di kawasan ini dan menunaikan solat Zohor di masjid jamek berhampiran.
"Bapa dan arwah ibu sudah biasa menaiki rakit itu, namun, ini adalah kali pertama saya menaikinya kerana sebelum ini bapa menternak kambingnya di kawasan rumah kami," katanya yang sedih, namun, bersyukur apabila mayat adik lelaki dan ibunya ditemui.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, rakit membawa 10 orang yang mempunyai hubungan keluarga itu tenggelam ketika kesemua mangsa sedang menyeberang sungai berkenaan untuk melihat ternakan kambing mereka.
Dua beradik iaitu anak saudara Ali Abdul Raman iaitu Muhammad Iman Naqiudin Nas Izaha, 2, dan adiknya, Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izaha, 10 bulan, lemas sejurus kejadian itu.
Adik Ali Abdul Raman iaitu Mohd Aiman Arif Hairaddin, 10, dan ibunya, Lana Ismail, 55, hilang sebelum mayat masing-masing ditemui pada 8.40 malam tadi dan 8.15 pagi ini.
Selain Ali Abdul Raman, mangsa lain yang terselamat adalah bapanya, Hairaddin Masran; kakaknya, Nor Diana Alisa Hairaddin, 31; isterinya Junaidah Yang; adik perempuannya Siti Farahida Hairaddin, 26 serta anak lelakinya Muhamad Ali An-naqi Abdul Raman, 2.
Bernama
Sun Dec 27 2015
Anggota Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat mangsa lemas Lana Ismail, 55, yang merupakan mangsa terakhir yang ditemui hari ini selepas rakit yang mereka naiki tenggelam dipercayai akibat lebih muatan dalam kejadian di Sungai Bekok. - Gambar Bernama
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rakit hempap mangsa selepas terbalik di Sungai Bekok, Yong Peng semalam
Seorang daripada mangsa yang terselamat dalam kejadian rakit tenggelam di Sungai Bekok, Sabtu berkata suasana menjadi kelam kabut selepas rakit yang dinaikinya menghempap selepas terbalik.