KUALA LUMPUR: Orang ramai harus mengetepikan sifat prasangka dan memberikan sepenuh keyakinan terhadap usaha yang sedang dilakukan kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 termasuk pengisytiharan darurat.
Timbalan Menteri Perpaduan Datuk Seri Ti Lian Ker berkata pengisytiharan darurat dilakukan bagi memastikan segala tumpuan kerajaan akan memfokus sepenuhnya kepada langkah menangani COVID-19.
"Semua keputusan dan dasar yang dibuat adalah berlandaskan maklumat dan keadaan semasa.
"Rakyat perlulah akur dan menghormati proses keputusan berkenaan kecuali jika keputusan yang dibuat itu di luar rangka perundangan dan di luar kepentingan rakyat.
"Rakyat perlu baik sangka, jangan banyak buruk sangka kerana ia akan menimbulkan banyak masalah padahal ia bukan masalah," katanya ketika menjadi ahli panel program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini hari ini.
Program yang berlangsung selama sejam itu dikendalikan Sherkawi Jirim dan turut disertai bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Ti juga berkata walaupun mengalami pengurangan pendapatan akibat pandemik COVID-19, negara masih mampu memberikan pelbagai bantuan bukan hanya kepada golongan B40 malah untuk M40 serta komuniti perniagaan.
Kamalanathan pula berkata beliau yakin Malaysia akan berjaya mengatasi ancaman pandemik COVID-19 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau juga percaya Muhyiddin akan menunaikan kata-katanya untuk membubarkan parlimen bagi membuka laluan kepada penganjuran Pilihan Raya Umum selepas negara pulih daripada penularan pandemik itu.
"Tetapi buat masa ini, kita patut sokong usaha kerajaan untuk mengatasi COVID-19 terlebih dahulu. Selepas pandemik ini dapat diatasi dan hampir semua rakyat Malaysia telah divaksin, barulah kita boleh fikir mengenai pilihan raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 03 2021

Ti Lian Ker berkata pengisytiharan darurat dilakukan bagi memastikan segala tumpuan kerajaan akan memfokus sepenuhnya kepada langkah menangani COVID-19. -Gambar fail

PKPD di MTAQ Pulau Chondong bermula 21 April
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTAQ), Pulai Chondong, Machang, Kelantan bermula 21 April sehingga 4 Mei 2021. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menjelaskan Kementerian Kesihatan melaporkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di MTAQ Pulai Chondong, Machang.

Kebebasan Media | Malaysia jatuh 18 tangga dalam indeks global
Malaysia jatuh 18 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2021 berbanding tahun lepas, sekaligus mencatatkan kemerosotan paling teruk dari tahun ke tahun. Pada 2021 Malaysia berada di kedudukan ke-119 berbanding ke-101 pada 2020.

Ramadan 2021 | Mulut berbau? Apa puncanya?
Kajian menunjukkan, seorang dari empat orang akan ada masalah mulut berbau. Ia bermakna lebih kurang 25 peratus daripada populasi mengalamai masalah tersebut.

Hilang Kepercayaan | Bersatu perak siasat video tular
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak akan menyiasat video yang tular kononnya beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian Larut hilang kepercayaan terhadap Ketua Bahagian mereka.

Langgar SOP | Bazar Ramadan Batu Buruk dalam pemantauan PBT
Bazar Ramadan Batu Buruk kini dalam pemantauan pihak berkuasa kerana masih belum mencapai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang memuaskan.

Gagal Patuh SOP | Penganjur bazar Ramadan dikenakan notis amaran
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengeluarkan notis amaran kepada dua penganjur bazar Ramadan di Kepala Batas, Pulau Pinang dalam operasi pemantauan petang Selasa. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor notis berkenaan dikeluarkan selepas mereka gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Isu Pembayaran | Dua lelaki ditahan gaduh luar restoran
Polis menahan dua lelaki yang dikenal pasti terlibat dalam pergaduhan di luar sebuah restoran di Ipoh selepas ia tular di media sosial pada Selasa. Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, A Asmadi Abdul Aziz kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan provokasi antara pemilik restoran dan pelanggan kerana isu pembayaran makanan.

Kenderaan Terbabas | Nash cedera langgar penghadang jalan
Penyanyi Datuk Nash cedera selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan di kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Seremban, pada Selasa. Vokalis kumpulan Lefthanded itu dengan nama sebenar Jamaludin Elias, 62 tahun, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

Kompaun | Bukan tindakan menganiaya
Kompaun 1,500 ringgit terhadap enam pelajar Kolej Matrikulasi di Perak bukan untuk menganiayai mereka.

AWANI Ringkas: Datuk Nash cedera kemalangan | Bekalan ayam cukup, tidak perlu keluar permit import
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rakyat diminta ketepi prasangka, yakini usaha kerajaan tangani COVID-19
Ti Lian Ker berkata pengisytiharan darurat dilakukan bagi memastikan segala tumpuan kerajaan akan memfokus sepenuhnya kepada langkah menangani COVID-19.