awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: "Perjuangan kita belum selesai" - CDM Nurul Huda

Bernama
Bernama
19/12/2025
01:45 MYT
Sukan SEA: "Perjuangan kita belum selesai" - CDM Nurul Huda
Nurul Huda berkata kempen mereka belum tamat walaupun edisi ke-33 temasya dwitahunan itu akan menutup tirai di Stadium Nasional Rajamangala esok. - Foto BERNAMA
BANGKOK: Kontinjen negara tidak berhasrat untuk memperlahankan aksi dalam Sukan SEA Thailand 2025 meskipun sudah mencapai sasaran 200 pingat.
Ketua Kontinjen (CDM) Nurul Huda Abdullah berkata kempen mereka belum tamat walaupun edisi ke-33 temasya dwitahunan itu akan menutup tirai di Stadium Nasional Rajamangala, di sini esok.
" ... belum selesai lagi. Kita masih berjuang dan memberikan yang terbaik, kita tahu bahawa kita boleh mendapat lebih banyak pingat lagi, jadi kita lihat apa yang boleh kita capai sebenarnya," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Legenda renang negara itu berkata pencapaian berkenaan ialah hasil usaha kolektif yang melibatkan bukan sahaja atlet, tetapi juga membabitkan pengurus pasukan, persatuan sukan kebangsaan dan badan sukan utama yang telah bekerjasama rapat sepanjang temasya berlangsung.
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada bekas Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh atas sokongan dan kepercayaan berterusan terhadap aspek sukan negara sepanjang menerajui kementerian itu.
Nurul Huda berkata galakan dan keyakinan yang ditunjukkan Hannah memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu sukan Malaysia, dan mengucapkan semoga beliau maju jaya dalam portfolio baharu, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), yang dilantik dalam rombakan Kabinet Kerajaan MADANI baru-baru ini.
Sementara itu, Presiden Majlis OIimpik Malaysia Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berharap agar atlet terus fokus dan cuba membawa pulang pingat sebanyak mungkin, terutamanya emas, dari Thailand.
Setakat malam tadi, Malaysia mengumpul 204 pingat merangkumi 46 emas, 49 perak dan 109 gangsa.
Thailand kekal di tangga teratas dengan 197 emas, 130 perak dan 93 gangsa.
Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Dis di dua wilayah, iaitu Bangkok dan Chonburi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#nurul huda abdullah
#pingat
#atlet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan