Tunku Panglima Besar, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'Adzam Shah menyeru rakyat agar sentiasa terlibat dalam arus perdana pembangunan negara, agar tidak ketinggalan seiring dengan perubahan zaman.
Baginda bertitah, hal ini bagi memastikan 'tiada rakyat yang tertinggal dan tiada rakyat yang terpinggir'.
"Saya menyeru kepada semua agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) digembleng bersama-sama setiap kali melibatkan program yang memberi manfaat kepada rakyat.
"Sinergi antara kerajaan, swasta, NGO dan rakyat adalah wajar dipupuk serta perlu ada kesinambungan dan disemarakkan secara berterusan," titahnya sempena Karnival 70 tahun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan dan Usahawan Negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, kesedaran masyarakat mengenai hak dan keperluan warga emas, OKU dan kanak-kanak perlu dipupuk di setiap jiwa masyarakat kerana golongan tersebut mempunyai hak untuk hidup dalam persekitaran yang selamat dan kondusif.
"Kebelakangan ini penganiayaan terhadap kanak-kanak dan pengabaian terhadap warga emas sering dilaporkan di dada akhbar.
Justeru perkara ini perlu dicegah dan anggota masyarakat perlu sensitif dan cakna dengan pergolakan atau aktiviti tidak sihat yang berlaku di sekeliling mereka," kata Suraya.
Mengenai JKM, beliau berkata sepanjang 70 tahun penubuhannya, jabatan itu telah menjalinkan kerjasama pintar dengan pelbagai agensi kerajaan, syarikat korporat, NGO dan orang perseorangan.
JKM juga telah menjadi rakan strategik kepada KFC Holdings, Maybank dan sedang bekerjasama dengan Giatmara dalam aspek pembangunan kemahiran.
Ia melalui pemberian Sijil Kemahiran Malaysia kepada kanak-kanak di institusi JKM dan pelatih Perintah Khidmat Masyarakat," katanya.
Majlis sambutan 70 tahun JKM Kedah bermula 14 Dis lalu dengan Talentime Orang Kelainan Upaya yang diadakan di Kompleks Penyayang Sungai Petani, disusuli dengan majlis bacaan Yasin dan tahlil di Keriang Hill, Alor Setar.
Acara kemuncak hari ini menggabungkan tiga kumpulan sasar JKM iaitu warga emas, kanak-kanak dan OKU, bertemakan 'Kesepaduan Antara Generasi, Memperkukuhkan Inklusiviti'. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2016
"Saya menyeru kepada semua agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) digembleng bersama-sama setiap kali melibatkan program yang memberi manfaat kepada rakyat." - Gambar/ YSB
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang yang ditempatkan di 57 PPS.
8,066 mangsa banjir di Kedah setakat 8 malam
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 2,582 keluarga berkenaan melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.
711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.
JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.
Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.
Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.
268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.
Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.
Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.
COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.