awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia 22 tahun ditahan bersama lebih 4.7kg heroin di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Bernama
Bernama
09/08/2023
02:45 MYT
Rakyat Malaysia 22 tahun ditahan bersama lebih 4.7kg heroin di Pusat Pemeriksaan Woodlands
Menurut CNB, nilai rampasan 4,723g heroin dianggarkan berjumlah lebih S$331,400, cukup untuk kegunaan kira-kira 2,240 penagih selama seminggu. - Foto ihsan Biro Narkotik Pusat, Singapura/BERNAMA
SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 4.7 kilogram (kg) heroin dalam sebuah kereta yang didaftarkan di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 5 Ogos 2003.
Menurut kenyataan bersama dikeluarkan Penguasa Imigresen Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB), seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 22 tahun yang menaiki kereta terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah.
Kenyataan bertarikh 8 Ogos yang disiarkan di laman sesawang ICA menjelaskan, pegawai menjumpai beg kanvas dalam but kereta ketika melakukan pemeriksaan ke atas kereta itu.
"Bungkusan dipercayai dadah ditemui dan pegawai CNB segera dimaklumkan mengenai penemuan itu. 10 bungkusan mengandungi heroin dengan berat keseluruhan kira-kira 4,723g ditemui di dalam beg berkenaan," menurut kenyataan itu.
Nilai rampasan 4,723g heroin dianggarkan berjumlah lebih S$331,400, cukup untuk kegunaan kira-kira 2,240 penagih selama seminggu.
"Siasatan mengenai kejadian masih diteruskan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Singapura
#Pusat Pemeriksaan Woodlands
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan