awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia berhimpun suarakan Solidariti Kedamaian

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2019
00:00 MYT
Rakyat Malaysia berhimpun suarakan Solidariti Kedamaian
Perhimpunan ini susulan tragedi solat Jumaat di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu yang mengorbankan 50 nyawa termasuk seorang rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi. Astro AWANI/Hilmi Malik
Peserta Perhimpunan Solidariti Kedamaian, dianjurkan susulan tragedi serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, mula berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo, di sini, pagi ini.
Peserta yang kebanyakannya berpakaian putih mula membanjiri kawasan ini sejak jam 6.40 pagi bagi menyertai perhimpunan itu sebagai tanda menyokong kedamaian dan keamanan serta menolak kebencian.
Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan kaum, termasuk yang membawa ahli keluarga masing-masing, serta memegang membawa kain rentang dan sepanduk #Solidarity4Peace.
Perhimpunan turut disertai pemimpin-pemimpin negara seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Senator P. Waytha Moorthy, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Anggota Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Duta Turki ke Malaysia Merve Kavakçi.
Turut kelihatan, wakil-wakil agama termasuk Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).
Mereka berarak dari kawasan Sogo ke Dataran Merdeka bagi menjayakan perhimpunan yang membawa mesej bahawa rakyat Malaysia mahukan keamanan dan menolak sebarang bentuk keganasan.
Perhimpunan ini susulan tragedi solat Jumaat di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu yang mengorbankan 50 nyawa termasuk seorang rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun.
Menggunakan simbol burung merpati putih berlatarbelakangkan bunga raya sebagai maksud kedamaian, himpunan itu dijangka disertai anggota persatuan pelbagai agama, antaranya Sikh, Taoism, Buddha, Krisitan, Hindu dan Islam selain lebih 50 NGO.
Di Dataran Merdeka, wakil-wakil setiap agama dijadual menyampaikan ucapan solidariti yang membawa mesej kedamaian selain ucapan wakil keluarga Mohd Haziq.
Mujahid turut akan menyampaikan ucapannya pada himpunan itu sebelum melancarkan Simbolik Solidariti Kedamaian.
Acara kemuncak himpunan itu ialah bacaan Deklarasi Kedamaian KL 2019 yang membawa suara hati rakyat Malaysia yang menentang sebarang bentuk kebencian dan keganasan.
Perhimpunan yang dijadual sehingga 11 pagi itu dianjurkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) dan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) dengan kerjasama Civil Society Organisation.
Topic Berkaitan
#Dataran Merdeka
#keganasan
#New Zealand
#pengganas
#perhimpunan
#rakyat Malaysia
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan