Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia yang mencipta kejayaan di luar negara supaya membantu menyumbang ke arah pembinaan Malaysia Baharu.
Beliau berkata seperti disebut firma pengurusan pelaburan global, Schroders, dalam laporannya bagi Jun, antara masalah yang terus melanda ekonomi Malaysia sejak beberapa dekad lepas ialah penghijrahan cerdik pandai.
Kata beliau, penghijrahan rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi menyebabkan negara itu kehilangan modal insan terbaiknya, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi serta mengurangkan hasil cukai, di samping menambah bebanan di bahu mereka yang terus kekal di Malaysia.
Dr Wan Azizah berkata menurut laporan berita, seorang daripada setiap 10 pekerja mahir Malaysia sedang merancang untuk meninggalkan negara itu, sekali ganda jumlahnya daripada kadar purata global, bagi mencari kehidupan lebih baik dan bersaing di arena antarabangsa.
"Walaupun bercita-cita tinggi patut dipuji, negara masih memerlukan anda untuk sama-sama membantu negara kita. Memanglah kita tinggal di negara global, tetapi Malaysia adalah tanah air kita," katanya semasa berucap pada majlis makan malam bersama-sama diaspora Malaysia di Vietnam di sini malam tadi.
Turut hadir bersama-sama 100 anggota diaspora Malaysia itu ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya dan Duta Besar Malaysia di Vietnam Datuk Mohd Zamruni Khalid.
Dr Wan Azizah berkata kerajaan baharu Malaysia berwawasan untuk mengembalikan kedudukan negara itu sebagai 'Harimau Asia' dalam ekonomi.
Bagaimanapun, kata beliau, cita-cita itu memerlukan usaha keras, terutama dalam mengurangkan hutang negara.
"Negara yang mampu berdikari adalah sebuah negara merdeka, negara bebas daripada dibelenggu oleh hutang dengan sesiapa.
"Kita mahu membina sebuah negara yang masyarakatnya tidak perlu bergantung pada pemberian orang lain, sebuah negara yang memupuk kewujudan sebuah masyarakat mampan," katanya.
Dr Wan Azizah sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam bermula hari ini dan dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc, esok.
Jadual lawatan beliau termasuk menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN mengenai Wanita (AMMW) ketiga pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 24 2018
Dr Wan Azizah berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Komuniti Malaysia di Vietnam, 24 Okt, 2018. --fotoBERNAMA
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Rakyat Malaysia berjaya di luar negara disaran bantu bina Malaysia Baharu
Seperti disebut firma pengurusan pelaburan global, Schroders, dalam laporannya bagi Jun, antara masalah yang terus melanda ekonomi Malaysia sejak beberapa dekad lepas ialah penghijrahan cerdik pandai.