MALAYSIA
Rakyat Malaysia dinasihat elak sempadan Kemboja-Thailand susulan ketegangan meningkat

Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh turut menggesa rakyat Malaysia agar bertenang, sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada sumber berita yang sahih. - Facebook Embassy of Malaysia Phnom Penh
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di Kemboja dinasihatkan untuk mengelak sebarang perjalanan tidak penting ke wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey sehingga diberitahu kelak, susulan ketegangan yang semakin meningkat di sempadan Kemboja-Thailand.
Dalam satu nasihat keselamatan, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh turut menggesa rakyat Malaysia agar bertenang, sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada sumber berita yang sahih serta mematuhi arahan dan nasihat daripada pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.
"Kedutaan sedang memantau rapat situasi semasa dan terus komited terhadap keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di Kemboja," menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang sedang menetap di Kemboja digalakkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh melalui pautan Google Form: https://docs.google.com/forms/d/e/1FA|pQLScjS7q9_E46Ti09hHV-oJesfkOlDqt3d-v28jpZq4kZ--oc6g/viewformMust-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami