awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia disaran jalani ujian kendiri COVID-19 sebelum pulang ke kampung - WHO

Bernama
Bernama
20/04/2023
16:23 MYT
Rakyat Malaysia disaran jalani ujian kendiri COVID-19 sebelum pulang ke kampung - WHO
WHO juga menasihatkan agar menggunakan pensanitasi tangan dan memakai pelitup muka sebagai perlindungan bagi membendung wabak COVID-19 daripada merebak kepada warga emas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihati rakyat Malaysia untuk menjalankan ujian kendiri COVID-19 sebelum pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya.
Selain itu, pertubuhan itu juga menasihatkan agar menggunakan pensanitasi tangan dan memakai pelitup muka sebagai perlindungan bagi membendung wabak COVID-19 daripada merebak kepada warga emas.
Perkara itu dinyatakan menerusi ciapan pertubuhan itu menerusi akaun Twitter @WHOMalaysia yang turut ditweet semula oleh Twitter rasmi Kementerian Kesihatan @KKMPutrajaya.
Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 22 April.
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital Kementerian Kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk dilaporkan meningkat sebanyak 26.2 peratus pada minggu epidemiologi ke-15 dari 9 hingga 15 April berbanding minggu sebelumnya.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa kebanyakan pesakit adalah kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas dan individu yang mempunyai komorbiditi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#COVID-19
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#pelitup muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan