awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia ditangkap bawa tenggiling ke negara jiran

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2014
00:26 MYT
Rakyat Malaysia ditangkap bawa tenggiling ke negara jiran
Rakyat Malaysia ditangkap bawa tenggiling ke negara jiran. - Astro AWANI
Harga tenggiling yang mencecah ribuan ringgit menyebabkan seorang lelaki `gelap mata’ untuk membawa haiwan terlindung itu untuk diseludup ke negara jiran.
Bagaimanapun, hasratnya terbantut apabila dia ditahan pihak berkuasa dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana cuba membawa keluar 43 ekor tenggiling hidup ke negara jiran.
Lelaki tempatan berusia 26 tahun itu turut tidak menghiraukan tindakan yang bakal dihadapinya kerana bungkusan tenggiling hidup yang dibawa itu hanya diletakkan dalam but keretanya tanpa disorokkan.
Kesemua tenggiling itu dipercayai akan dibawa ke Thailand untuk memenuhi permintaan hidangan eksotik.
Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 68(2)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau tidak lebih RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#hidupan
#kenari
#Perhilitan
#suspek
#tenggiling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan