Rakyat Malaysia tinggal di sini menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah yang berharap rakyat Malaysia di Arab Saudi dapat menaikkan nama Malaysia dan mengeratkan silaturahim dengan negara luar.
Perunding Kos, AECOM Arabia Ltd Co, Mohd Jamal Mohd Yusoff berkata rakyat Malaysia di sini amat menjaga nama baik Malaysia dan memahami setiap gerak-geri mereka di sini mencerminkan Malaysia di mata Arab Saudi.
"Kalau dalam kerja juga hubungan kami kena selalu jaga disiplin, kerja diberikan kami buat betul-betul supaya orang (di sini) tidak kata negatif tentang Malaysia dan rakyatnya. Ini penting supaya hubungan erat negara serta rakyat Malaysia dan Arab Saudi kekal kukuh.
"Kami mahu orang di sini lihat bahawa rakyat Malaysia melakukan sesuatu kerja dengan baik, malah kalau (rakyat Malaysia) hidup dalam masyarakat Arab Saudi pun mereka amat suka," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji Makkah, Abraj Janadriyah di sini hari ini.
Pada 12 Julai lepas, Sultan Abdullah dalam Majlis Minum Teh Bersama Rakyat Malaysia di Madinah bertitah rakyat Malaysia berada di luar negara diharap dapat menjadi duta kecil berjiwa besar, berhati besar, serta niat dan pemikiran besar menaikkan nama negara dan mengeratkan silaturahim dengan negara luar.
Mohd Jamal, 41, yang berasal dari Pulau Pinang berkata berdasarkan pengalamannya selama enam tahun di sini, rakyat Malaysia amat dipandang tinggi masyarakat Arab Saudi kerana reputasi serta hubungan baik yang dijaga sejak sekian lama.
Pengurus Projek, Hanmi Global Saudi, Hasnan Hasan, yang telah 11 tahun bertugas di sini, berkata antara perkara yang perlu diingati rakyat Malaysia ialah jangan sama sekali terlibat dengan isu politik tempatan dan menghormati isu tempatan lain.
"Walaupun kami ikuti isu politik semasa seperti di media, kami tidak campur dengan apa sahaja isu terutama politik tempatan. Pernah seseorang di sini bertanya pendapat saya mengenai isu politik tempatan tetapi saya hanya senyum dan tidak ulas apa-apa," katanya yang berasal dari Kelantan.
Hasnan, 57, berkata hubungan erat antara rakyat Malaysia di sini yang melebihi 100 orang memain peranan penting dalam memastikan kehidupan mereka berjalan lancar di sini selain mengeratkan hubungan dengan rakyat tempatan.
Seorang lagi Perunding Kos, AECOM Arabia, Mohd Rus Abbas, 41, yang bertugas lapan tahun di sini berkata rakyat tempatan dan negara-negara Arab yang lain amat menghormati Malaysia kerana rakyatnya yang dikenali dengan budi bahasa tinggi selain amat menghormati orang lain.
"Pengalaman saya sendiri apabila pemilik rumah sewa tidak benarkan saya pindah kerana suka budi bahasa dan budaya orang Malaysia, malah ramai yang kagum cara rakyat Malaysia menukar kerajaan melalui proses demokrasi pilihan raya umum lepas secara aman," katanya berasal dari Kuala Lumpur.
Tiga ekspatriat Malaysia ini merupakan antara mereka yang terlibat dengan projek pembangunan di sini antaranya projek pembesaran Masjidil Haram, melahirkan rasa bangga buat rakyat Malaysia di tanah air.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2019
Rakyat Malaysia amat menjaga nama baik Malaysia dan memahami setiap gerak-geri mereka mencerminkan Malaysia di mata Arab Saudi.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gambar Agong santap roti tempayan di gerai curi tumpuan
Bukan hanya terkenal dengan sikap yang prihatin bahkan, baginda juga tidak kekok menjalani kehidupan yang santai.
Rakyat Malaysia eratkan hubungan baik dengan Arab Saudi
Rakyat Malaysia amat menjaga nama baik Malaysia dan memahami setiap gerak-geri mereka mencerminkan Malaysia di mata Arab Saudi.