Seorang rakyat Malaysia menghadapi dua pertuduhan memberi suapan berjumlah S$1,500 kepada pegawai khidmat pelanggan dari Pihak Berkuasa Imigresen Pemeriksaan (ICA) sebagai dorongan untuk mempercepatkan permohonan status Residen Tetap Singapura (PR).
Sekiranya disabitkan dengan kesalahan rasuah, Fenny Tey Hui Nee, 24, boleh didenda sehingga S$100,000 atau dihukum penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Lucy Teo, pegawai khidmat pelanggan, menghadapi dua pertuduhan terlibat dalam konspirasi dengan Sharon Loo untuk menerima secara rasuah S$1,500 dari Tey.
Teo, 49, seorang warga Singapura, juga menghadapi 20 pertuduhan mengakses masuk ke dalam Sistem Maklumat Pengenalan dan Pendaftaran Pusat ICA (CIRIS) tanpa kebenaran sah untuk mendapatkan maklumat.
Akses itu termasuk rekod status permohonan Tey untuk PR sebanyak 11 kali, rekod nombor pasport seorang lelaki tiga kali dan rekod status permohonan seorang wanita untuk mendapatkan PR sebanyak enam kali.
Sementara itu, Loo, seorang warga Singapura berusia 28 tahun, menghadapi dua pertuduhan terlibat dalam konspirasi dengan Teo.
Biro Penyiasatan Amalan Rasuah Singapura mengingatkan pegawai awam bahawa mereka mempunyai kewajipan untuk mengekalkan tingkah laku dan integriti peribadi pada tahap tertinggi.
"Singapura mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap rasuah. Ia adalah kesalahan serius untuk menerima atau mendapatkan rasuah dari individu atau entiti lain," katanya dalam satu kenyataan.
Biro itu berkata pihak polis akan bertindak tegas terhadap pegawai awam yang tidak bertanggungjawab yang menyalahguna sistem kerajaan dan data termasuk mendakwa mereka di mahkamah.
Barang siapa yang dengan sengaja menyebabkan komputer melakukan apa-apa fungsi untuk tujuan mendapatkan akses tanpa kebenaran untuk apa-apa program atau data yang disimpan dalam komputer boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 atau dipenjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya, kata biro itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 10 2019
Di Singapura, yang mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap rasuah, menerima atau mendapatkan rasuah dari individu atau entiti lain adalah satu kesalahan serius. - Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Rakyat Malaysia hadapi dua pertuduhan beri rasuah kepada pegawai ICA Singapura
Sekiranya disabitkan dengan kesalahan rasuah, Fenny Tey Hui Nee, 24, boleh didenda sehingga S$100,000 atau dihukum penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.