awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia maut jatuh dari hotel di Hatyai

Bernama
Bernama
16/06/2018
09:13 MYT
Rakyat Malaysia maut jatuh dari hotel di Hatyai
Mayat mangsa ditemukan di tingkat dua premis perniagaan yang terletak berhampiran dengan hotel itu kira-kira 9 pagi tadi (waktu tempatan). -Bernama
Seorang lelaki rakyat Malaysia maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di bandar ini yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
Ketua Bahagian Siasatan Polis Hatyai Kol Warodom Kongsuwannakhiri berkata, mayat lelaki dikenali Kong Soon Keong, 29, ditemukan di tingkat dua premis perniagaan yang terletak berhampiran dengan hotel itu kira-kira 9 pagi tadi (waktu tempatan).
"Hasil siasatan mendapati lelaki itu keluar berhibur di sebuah restoran berhampiran malam tadi dan pulang ke hotel kira-kira 1 pagi tadi," katanya hari ini dan menambah, mangsa berasal dari Kuala Lumpur.
Polis percaya mangsa terjatuh dari bilik yang didiaminya bersama empat rakan lelakinya yang lain. Polis bagaimanapun akan meneruskan siasatan berhubung kejadian itu.
Warodom berkata, terdapat kesan kecederaan pada badan mangsa.
Beliau berkata mangsa bersama 15 rakannya telah mendaftar masuk untuk menginap di hotel berkenaan semalam dengan menyewa lima bilik.
Mayat mangsa kini berada di hospital berdekatan untuk proses bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hotel
#jatuh hotel
#Kol Warodom Kongsuwannakhiri
#Kong Soon Keong
#malaysia-thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan