awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia perlu peka sensitivi agama, kaum - Joseph Kurup

Bernama
Bernama
14/07/2013
01:15 MYT
Rakyat Malaysia perlu peka sensitivi agama, kaum - Joseph Kurup
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pasangan Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik mesej 'Selamat Berbuka Puasa' dalam akaun Facebook sambil menikmati bak kut teh (sup tulang babi).
Joseph berkata pasangan terbabit jelas tidak menghormati kaum dan agama lain dan tindakan mereka boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini.
alvin, vivian
alvin, vivian
Beliau melahirkan kekesalan itu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Bengkel Penyatuan Nasional bertajuk 'Bengkel Perkongsian pelbagai Generasi Malaysia' anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Universiti Putra Malaysia, Serdang, dekat sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.
Akhbar hari ini melaporkan, pasangan berkenaan yang juga bekas penuntut National Universiti of Singapore mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh ... wangi enak dan menyelerakan'.
Sebelum ini, pasangan itu pernah mencetuskan kontroversi di Singapura dengan memuat naik gambar dan video lucah mereka ke blog.
Joseph, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap pasangan itu, yang tidak peka terhadap sensitiviti agama dan kaum di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Alvin Tan
#Joseph Kurup
#ramanda
#Vivian Lee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan