awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat miliki polisi insurans boleh jalani ujian saringan COVID-19 di fasiliti perubatan swasta

Bernama
Bernama
27/03/2020
13:58 MYT
Rakyat miliki polisi insurans boleh jalani ujian saringan COVID-19 di fasiliti perubatan swasta
Rakyat Malaysia yang mempunyai polisi insurans dan takaful serta berkemampuan kini boleh menjalani ujian saringan COVID-19 di mana-mana fasiliti perubatan swasta negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bagi industri insurans dan takaful menanggung kos ujian penyaringan itu semestinya meringankan beban Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Jadi kita mengharapkan mereka yang ada insurans dan berkemampuan boleh menjalankan ujian tersebut di pihak swasta," katanya mengulas pertanyaan berhubung Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan Perdana Menteri petang tadi.
Melalui pakej itu, pihak industri insurans dan takaful mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan KKM untuk menjalani ujian di fasiliti perubatan swasta.
Dr Noor Hisham juga berkata, elaun khas yang diberikan kepada doktor dan jururawat merupakan satu bentuk penghargaan daripada kerajaan atas kerja keras mereka sejak empat bulan lepas.
"Mereka telah menyumbang tenaga, mengorbankan keluarga dan masa bagi memastikan mereka melakukan tugasan yang terbaik.
"Para petugas terbabit telah bekerja tanpa mengira masa sejak empat lepas. Bukan sebulan tetapi empat bulan kerana kami bermula awal," katanya.
Perdana Menteri hari ini mengumumkan bahawa sebagai menghargai pengorbanan para doktor, jururawat dan petugas kesihatan, kerajaan akan menaikkan elaun khas mereka daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April sehingga situasi COVID-19 pulih.
Menjawab soalan berkaitan kit ujian pantas (RTK) yang dikeluarkan China, Dr Noor Hisham, berkata hasil ujian daripada alat tersebut adalah tidak tepat.
Beliau berkata, KKM juga sedang meneliti RTK yang dihasilkan di Korea.
"Jika ia berjaya dan ketepatan serta sensitivitinya adalah amat tinggi, maka kita akan membelinya sebanyak 200,000 unit namun jika ketepatannya tidak begitu baik, maka kita tidak akan meneruskan pembelian kit itu," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
#polisi insurans dan takaful
#ujian saringan COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan