Orang ramai seharusnya lebih bertanggungjawab terhadap sebarang perlakuan mereka di media sosial dan berhenti memuat naik hantaran tidak perlu yang berbaur sensitif, kata bekas presiden Service Civil International (SCI) Malaysia Stephen Nah.
SCI merupakan sebuah pergerakan keamanan antarabangsa yang mempromosikan kefahaman antarabangsa, pertukaran antara budaya dan antikeganasan.
Beliau berkata orang ramai sebaliknya perlu memuat naik atau meninggalkan komen yang bersifat lebih positif yang boleh menyatu-padukan rakyat Malaysia jika mereka ingin maju sebagai sebuah negara bangsa bersama-sama.
Nah yang juga pengerusi penganjur Hari Keamanan Antarabangsa 2019 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Malaysia yang berlangsung hari ini berkata kerajaan juga perlu mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pihak yang sengaja mencetuskan ketegangan kaum agar mereka lebih bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.
"Kita perlu menggunakan media sosial ke arah yang lebih positif seperti menghormati antara satu sama lain. Kita harus menggalakkan orang ramai supaya lebih bercakap perkara yang lebih positif," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Hari Keamanan Antarabangsa disambut di seluruh dunia pada 21 September setiap tahun sejak diterima sebulat suara oleh PBB pada 1981 dengan objektif sambutan untuk mengekalkan keamanan merangkumi pelbagai perbezaan dan menyumbang kepada pembinaan budaya perdamaian.
Nah berkata sambutan Hari Keamanan Antarabangsa 2019 di Malaysia diadakan di 'Pure Life Society' yang bertemakan 'Tindakan Iklim Untuk Keamanan' dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, PBB Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan disokong oleh lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 21 2019

Orang ramai seharusnya lebih bertanggungjawab terhadap sebarang perlakuan mereka di media sosial dan berhenti memuat naik hantaran tidak perlu yang berbaur sensitif. - Gambar hiasan

Ringkasan Global: Adaptasi digitalisasi, realiti sebenar industri

Politik Tempatan | UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis
Langkah keluar parti oleh pemimpin UMNO sebelum ini membuktikan kelemahan presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kepimpinannya, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.

PKP2.0 | Dua bot Vietnam ditahan
Helah dua buat bot nelayan asing yang cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan menggunakan nombor pendaftaran paslu gagal selepas diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM). Menurut Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, dua bot berkenaan ditahan KM Langkawi ketika melakukan rondaan di perairan negara.

PKP2.0 | Kawasan tumpuan, pelancongan Pasir Puteh ditutup
Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh Kelantan, beberapa kawasan tumpuan dan pelancongan di jajahan Pasir Puteh ditutup. Menurut Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Mohd Kamarulzaman Abdul Wahab, papan tanda amaran dipasang di pusat peranginan sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengunjungi pantai dan pusat peranginan.

PdPR | NUTP sokong cadangan saluran khas televisyen
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyambut baik dan menyokong cadangan ibu bapa yang mahu Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan satu saluran khas pendidikan di televisyen yang boleh diakses murid daripada setiap golongan pendapatan. Langkah itu juga dilihat sebagai satu kaedah yang tepat untuk memperluas dan memperkasakan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan dipercayai bakal memberi impak positif kepada prestasi akademik pelajar. Untuk mengulas lanjut kita bersama Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock.

Isu Air Sabah | Pengurusan air lebih cekap di Sabah
Sebelum ini sebanyak 22 loji rawatan air di Sabah dilaporkan mengalami masalah dan perlu diatasi segera bagi memastikan penduduk negeri itu menerima bekalan air bersih. Malah berdasarkan laporan, Sabah mempunyai 84 Loji Rawatan Air dan 22 daripadanya dikenal pasti mengalami masalah yang teruk sehingga tidak mampu membekalkan air kepada orang ramai. Untuk memahami kaedah pengurusan air yang lebih cekap di Sabah kita bersama Pakar Kualiti Air dan Permodelan, Ir Dr Zaki Zainudin.

PdPR | Empat beradik bergilir guna satu telefon untuk ikuti kelas
Empat beradik berkongsi satu telefon pintar. Itu realiti dihadapi anak nelayan, Nurul Natasha Najwa, Nurul Natasha Najihah, Nurul Natasha Nazirah dan Erra Shazira Md Napiah berusia 11 hingga 15 tahun semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang bermula 20 Januari lepas.

AWANI Ringkas: Tambah baik prasarana pendidikan negara | Rombak UMNO atau berdepan lumpuh parti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

PdPR: Bapa kelam kabut, enam anak terpaksa kongsi satu komputer riba
Dengan hanya memiliki satu komputer riba, enam anaknya yang berusia enam hingga 13 tahun terpaksa berebut sesama sendiri apabila sesi pembelajaran dilakukan secara serentak.

Penunggang maut, motosikal terlanggar binatang di Jalan Ipoh - Kuala Lumpur
Muhammad Rasidi Shamsuddin, yang mengalami kecederaan parah, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Rakyat perlu bertanggungjawab atas sebarang perlakuan di media sosial
Bekas presiden SCI, Stephen Nah berkata orang ramai sebaliknya perlu memuat naik atau meninggalkan komen yang bersifat lebih positif.